Sunday 12 October 2014

Asal - Usul Teater (Origins of Theatre)

Hello.

Hari ni aku nak kongsi mengenai asal-usul teater yang aku yakin tak semua orang tahu dari mana datangnya teater ni ataupun macamana manusia boleh terfikir nak buat teater.

Ok, ceritanya bermula macam ni...
Dulu, masa sekitar tahun 1752, Sir Isaac Newton duduk bawah pokok dan lihat epal jatuh lalu dia pun dapat idea untuk buat persembahan untuk masyarakat dalam kalangan ahli saintis lain yang sentiasa kelihatan stres. Persembahan ini beliau panggil sebagai Thetrepal bersempena buah epal tu tadi. Lama-kelamaan, ia mendapat sambutan dan berkembang menjadi satu budaya sosial dalam kalangan buruh, nelayan, dan juga petani (gaya hidup kini dah berubah)!

Ok, gurau je.

Hal yang sebenarnya, tiada siapa yang tahu dari mana asal-usul teater yang sebenar-benarnya. Ini kerana tiada bukti yang kukuh (no clear evidence) dan semua teori yang wujud hanya berdasarkan andaian, pertimbangan atau taakulan semata-mata. Yang ada cuma hipotesis. Tiada siapa yang tahu fakta sebenar. Tiada. Termasuk Sir Isaac Newton; apatah lagi Hans Isaac.

Tapi, ada beberapa pendapat daripada sarjana-sarjana yang mengemukakan 6 kemungkinan yang menyebabkan terbentuknya teater:

1. Ritual
2. Penglipurlara (Story telling)
3. Imitasi (Imitation)
4. Strukturalism
5. Pergerakan (Movement)
6. Fantasi


TEORI ASAL-USUL TEATER

1. Ritual

    Ahli kajipurba berpendapat teater berasal daripada mitos dan ritual. Ritual ni bermaksud ; perkara
    yang diulang-ulang dan diperturun.

    "...kepercayaan  terhadap kuasa-kuasa tertentu yang mempengaruhi kehidupan."  - James Frazer

    Pada zaman dahulu, akibat kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang sifat alam semulajadi...
    manusia pada zaman itu beranggapan yang kuasa alam semulajadi ini boleh dikawal oleh mereka
    sekiranya manusia mengambil hati 'alam semulajadi' itu.

    Makanya, golongan Shaman ataupun pawang dan anggota masyarakat yang tertentu mengambil
    tempat bagi tujuan aplikasi penjagaan hati kuasa-kuasa tersebut.

    Menurut Joseph Campbell; rituals are related to 3 basic concerns :

    - pleasure (kepuasan/kegembiraan)
    - power (kuasa)
    - duty (tugas/tanggungjawab/amanah)

    Begitulah ujar beliau dengan riaknya si Joseph Campbell ni.


    Function of ritual :

    - a form of knowledge
    - didactic
    - influence or control
    - to glorify
    - to entertain and gives pleasure

    Teater dan ritual ni sebenarnya banyak persamaan sehinggakan wujud pendapat yang kata teater tu  
    adalah lanjutan dari ritual. Contohnya, kedua-duanya melibatkan perkara yang sama seperti ada
    muzik, tarian, ucaptama, topeng, kostum, unsur spektakular dan sebagainya.


    Kemudian metod produksinya juga ada persamaan iaitu : Ada pengarah teknikal yang memastikan
    semua perkara (dalam persembahan) berjalan dengan lancar. Senang cerita, macam Stage Manager
    dengan Tok Bomoh tu sama lah untuk tackle problem yang terjadi sekiranya berlaku semasa
    persembahan.




2. Penglipurlara (Story telling)

    Ada yang berpendapat bahawa teater ni wujud melalui cerita-cerita mitos yang disampaikan dalam
    sesi bercerita oleh penglipurlara.

    Pada zaman dahulu, masyarakat suka berkumpul dan dengar cerita dari tukang cerita yang digelar
    penglipurlara. Yelah, zaman dulu mana ada TV! Penglipurlara ni akan cerita kisah-kisah mitos dan
    sebagainya. Lama-kelamaan, sebab penglipurlara ni nak bagi sedap cerita dan nak tunjuk kata yang
    dia tu terer berlakon; dia tambah unsur-unsur lakonan dalam penceritaan dia. Ubah suara jadi
    macam-macam watak la, tukar postur badan la, macam-macam la nak bagi cerita dia tu menarik dan
   'believeable' atau boleh dipercayai. Lama-lama, sesi bercerita ni dah tak jadi sesi bercerita lagi. Dia
   jadi lakonan terus. Tambah-tambah lagi bila part penglipurlara ni nak cerita tentang aksi-aksi yang
   dramatik macam babak peperangan, pemburuan, pergaduhan. Babak ini dihurai dengan lebih jelas
   melalui gerak pantomin dan impersonalisasi oleh tukang cerita.

   Dialah James Bond, dialah Indiana Jones waktu tu pasal dia sorang je yang tau bercerita.

  Tapi proses ni akhirnya berkembang bila watak-watak yang berlainan ni tadi mula dipegang oleh
  individu yang berlainan. (Tapi aku tak taulah diorang ada buat proses casting ke tidak sebelum bagi
  watak).




3. Imitasi (Imitation)

   "Manusia secara semulajadinya suka mengimitasi orang lain, binatang, benda-benda, dan aksi-aksi."
   - Aristotle


    Sarjana berpendapat role-playing adalah salah satu punca terjadinya teater. Macam kanak-kanak
    yang bermain pondok-pondok sesama teman sebaya, diorang pun dah ada unsur-unsur imitasi
    macam yang berlaku dalam teater. Jadi, sarjana mengandaikan yang teater bermula dari imitasi dalam
    bentuk tarian, pantomik, ritmatik, gimnastik atau peniruan bunyi dan pergerakan binatang oleh
    masyarakat zaman dahulu.




4. Strukturalisme

    - Claude Levi-Strauss menghasilkan teori masyarakat statik dan dinamik
    - Tak semua masyarakat berkembang serentak dan sama. Oleh itu, tak semua masyarakat
       mengembangkan teater dan drama serentak melalui tahap ritual.
    - Teater adalah budaya yang diperturun kepada satu generasi ke generasi seterusnya
    - Tabiat merupakan faktor yang mengekalkan budaya tetap tersebut
    - Masyarakat statik bergantung kepada drama ritual sebagai sebahagian daripada adat masyarakatnya
       manakala masyarakat dinamik mengingkari adat lama untuk kepentingan mereka dan semasa.

     O.k, ini sebenarnya pandangan yang berpendapat bahawa teater ni wujud daripada sistem
     bermasyarakat dalam kelompok sosial. Katanya, teater tu sebenarnya dipas dari satu generasi ke
     generasi seterusnya dan menjadi tabiat sosial masyarakat tersebut.




5. Pergerakan (Movement)

    Teori pergerakan ni ada juga disebut sebagai Teori Kubur untuk saja bagi seram.
    Teori Kubur ni dikemukakan oleh William Ridgeway.

    Tercetusnya teori kubur ni berdasarkan kepada drama tragedi yang berasal daripada persembahan-
    persembahan di kubur-kubur wira. Ridgeway menyimpulkan tarian-tarian dramatik dan nyanyian
    puji-memuji wira yang dilaksanakan oleh ketua agama sebagai perantaraan antara wira dan roh.

   So, maksudnya kat sini W. Ridgeway kata yang teater tu berasal dari persembahan orang dulu-dulu
   yang melibatkan pergerakan dan tarian kat kubur wira-wira dan pahlawan diorang yang terkorban.
   Lama-lama, dia dah tak buat persembahan tu kat kubur; tapi tempat lain - evolusi jadi teater.

   Buat kat kubur, Teori Kubur.
   Kalau buat kat jamban, Teori Jamban lah kot? :|




6. Fantasi

    Ada satu pendapat kata yang teater tu asalnya dari fantasi. Katanya, manusia memang suka berfantasi
    dan inginkan sesuatu yang lebih sempurna dalam kehidupan mereka. Jadi, melalui drama; manusia
    boleh lari daripada ketakutan, bersemuka dengan apa yang tidak dipersetujui dan dapat
    menyempurnakan harapan mereka di alam fantasi walaupun tidak dapat dicapai di alam realiti. Ini
    dipanggil 'escapism'.



So... itulah pendapat-pendapat global yang mengatakan macamana teater tu boleh wujud. Tapi bagi aku, aku percaya kat teori Sir Isac Newton dengan Theatrepal tadi tu.



Sir Isac Newton, pencetus teori Theatrepal.