Thursday 17 November 2016

Wayang diSinkeh by REKA ART SPACE





Reka Art Space presents
WAYANG DISINKEH featuring 4 new voices

Koay Teow Kia 
by Adam Tan | Directed by Tan Hock Kheng 
12 & 13 November | 17 & 18 November | 3 & 4 December 2016
*Mandarin with English subtitles 

Bercakap dengan Salbiah 
by Noor Rizuwan | Performed by Darynn Wee
19 & 20 November | 26 & 27 November 2016
*Malay with English subtitles 

The Story Teller
by Lim Chung Wei | Directed by Wong Lay Chin
24 & 25 November | 10 & 11 December | 15 & 16 December 2016
*Multiple languages with English subtitles

A Complete Woman
by Suzanne Teoh | Directed by Chee Sek Thim
1 & 2 December | 8 & 9 December | 17 & 18 December 2016
*Multiple languages with English subtitles

RM25 for each performance. Contact +6016-4811 737



Thursday 3 November 2016

Pementasan Teater 'Sang Juri'




Poster Sang Juri













Barisan Pelakon Sang Juri



Bersempena program Jom Ke Panggung, Badan Kesenian Warisan P Ramlee Pulau Pinang (Bakawalee) akan tampil mementaskan teater berjudul Sang Juri pada 4 dan 5 November ini di Auditorium P Ramlee, Kompleks JKKN Pulau Pinang mulai jam 8.30 malam.
Teater arahan Yusof Bakar ini diadaptasi daripada filem 12 Angry Men yang pernah dicalonkan dalam Academy Awards pada 1957 dan diiktiraf sebagai karya yang diarkibkan di dalam United States National Film Registry oleh Library Of Congress.
Ia juga diadaptasi ke filem Jepun (Juninin no Yasashii Nihonjin ), India (Ek Ruka Hua Faisla), Russia (12) dan China (12 Citizens).
Yusof berkata, Sang Juri adalah gambaran cerita di kamar mahkamah berkisarkan kepada sekumpulan manusia yang bercakap dan membuat keputusan mengenai hidup mati manusia lain di dalam sebuah bilik kecil.
“Apa yang dimaksudkan ialah sebuah metafora kehidupan manusia yang suka mengadili hidup orang lain melalui kaca mata diri sendiri yang sempit. Seperti juga 12 Angry Men dan 12 menyisipkan elemen satira di dalamnya, Sang Juri juga tampil begitu.
“Pementasan ini menyingkap sifat manusia yang narsisisme, etnosentrik melalui pembangunan watak arketaip klasik. Saya sengaja memilih naskhah ini kerana ingin mencabar diri melakukan sesuatu yang boleh dikira mustahil bagi sesebuah produksi amatur iaitu menghimpunkan ramai pelakon di atas pentas pada masa yang sama,” katanya.
Menurutnya, cabaran utama yang dilalui ialah proses latihan yang memakan masa serta menghidupkan watak yang sesuai dengan persekitaran tempatan.
“Produksi ini bukan sekadar sebuah pementasan untuk dihamparkan kepada penonton, tapi proses eksperimentasi watak, perwatakan dan satu usaha untuk mendapatkan model melatih pelakon yang berfikir.
“Pelakon yang hadir daripada pelbagai latar belakang adalah cabaran buat saya untuk mencari kaedah yang terbaik bagi mencungkil kebolehan mereka. Menariknya mereka diberi kebenaran bagi menentu dan memilih profesion pekerjaan serta nama watak masing masing,” katanya.
Menurut Yusof, apa yang bakal disajikan kepada penonton bukan sekadar sebuah cerita dengan plot khusus tetapi sebuah refleksi masyarakat tempatan masa kini.
Sang Juri mengisahkan seorang gadis yang didapati bersalah kerana membunuh bapanya, menunggu keputusan juri selepas berminggu-minggu menjalani perbicaraan.
Antara pelakon terbabit menjayakan watak juri ialah Sharifah Juairiah, Wazir Bakri, Ard Omar, Daniel Lee, Radin Ime Nurhakim, Yuslina Yusof, Noor Rizuwan, Eizwan dan Lyzal.
Tiket untuk menonton berharga RM10 dan boleh didapati di luar Auditorium P Ramlee pada hari pementasan.


Oleh :
Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

Sumber petikan : Harian Metro 28 Oktober 2016