Tuesday, 11 December 2012

PERKEMBANGAN & PERBEZAAN TEATER REALISME – BUKAN REALISME


              Dalam pementasan teater, audien yang menonton terpaksa menerima pelbagai maklumat mengenai dunia palsu yang dipersembahkan. Bagi membantu audien memahami kod-kod penanda (signifiers) yang ada dalam dunia yang dipentaskan ini, satu pengkelasan telah dibuat dalam teater yang dipanggil sebagai realistik dan bukan realistik untuk membezakan di antara keduanya. Sebagai seorang audien, kita seharusnya tahu bahawa dalam dunia pementasan; terma realistik menandakan aplikasi khusus yang merujuk sebagai yang ‘asli’ atau ‘benar’. Elemen realistik tidak semestinya lebih asli atau benar daripada elemen bukan realistik. Sebaliknya dalam teater, realistik dan bukan realistik bermaksud cara berbeza yang digunakan untuk mempersembahkan realiti.

                Elemen realistik dalam sebuah pementasan teater merujuk kepada sesuatu yang menyerupai realiti yang boleh dilihat dalam kehidupan sebenar yang berlaku. Ia bolehlah disebut sebagai kebenaran yang divisualkan. Terma realistik diaplikasikan dalam elemen-elemen teater yang dilihat menepati pemerhatian kita mengenai orang, tempat, dan peristiwa. Teater realistik mesti merangkumi logik yang boleh diramalkan dalam kehidupan sebenar manusia seperti hukum graviti, masa yang diambil apabila seseorang mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain, cara hiasan dalaman sesebuah rumah dirias, atau cara seseorang berpakaian. Melalui pendekatan realistik, sesuatu yang dipersembahkan itu boleh dijangkau oleh normaliti manusia. Dalam persembahan teater realistik, audien dilatih untuk menerima bahawa apa yang dipersembahkan di atas pentas itu adalah kebenaran dan bukan sesuatu yang direka-reka.

                  Pada akhir abad ke-19, selaras dengan perubahan sosial dan politik yang telah berlaku pada masa itu, unsur-unsur realistik menjadi semakin berpengaruh. Penekanan apa yang dipaparkan dalam teater tidak lagi berkisar mengenai kisah dongeng atau istana seperti kisah kesatria sakti di sebuah kerajaan lama contohnya. Akan tetapi, penekanan diberikan kepada situasi yang berlaku kepada masyarakat biasa dengan keadaan yang sedang berlaku dalam realiti sebenar. Pengucapan dialog juga tidak berbentuk sastera ataupun prosa-prosa yang diindahkan akan tetapi menggunakan bahasa perbualan seharian. Aktornya pula berkelakuan seperti orang biasa pada masa itu yang mudah dikenali atau diagak oleh penonton. 

               Realisme menjadi dominan dalam bentuk drama Eropah pada penghujung abad ke-19 apabila tiga orang penulis skrip terkenal – Henrik Ibsen (1828-1906) di Norway, August Strindberg (1849-1912) di Sweden, dan Anton Chekhov (1860-1904) di Rusia – menghasilkan banyak skrip drama realistik yang bagus. Mereka telah secara bersama membentuk corak pementasan baru pada abad seterusnya yang popular dengan teater jenis ini. Mereka telah mempersembah drama dengan karakter-karakter yang mempunyai sejarah, motif, dan kebimbangan, yang sama atau mungkin pernah dilalui oleh audien dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, audien merasakan drama yang dipentaskan lebih dekat dengan kehidupan mereka ataupun sesuatu situasi yang mudah difahami.

                Bukan realisme pula merujuk kepada elemen dalam teater yang tidak menepati segala apa yang kita nampak pada permukaan realiti secara visual seperti penggunaan sajak dan bukannya prosa, watak makhluk asing berbanding manusia sebenar, bentuk pemandangan yang abstrak, dan sebagainya. Dalam teater, justifikasi untuk bukan realisme ialah bahawa permukaan realiti yang boleh dilihat seperti perbualan sebenar di dalam sebuah rumah tidak boleh menyampaikan kebenaran keseluruhan kerana begitu banyak perkara yang berlaku dalam minda dan ruang imaginasi kita. Contohnya, apabila kita mengalami kemurungan yang teruk dan memberitahu kepada kawan kita bahawa ianya ‘teruk’ atau ‘terseksa’; kita sebenarnya tidak berkomunikasi dengan kedalaman perasaan kita dan apa yang kita rasa tentang kemurungan itu. Hal ini adalah kerana kekurangan perkataan biasa yang boleh ditukar kepada prosa yang lebih indah dan tepat dan juga wujudnya kelemahan dalam proses komunikasi harian yang lain. Oleh itu mereka menterjemahkannya dalam bentuk muzik, tarian, arca, ukiran dan sebagainya sebagai simbol dan metafora tentang apa yang mereka rasa itu tanpa perlu bercakap mengenainya.

                Akan sebab itulah, ekspresi simbolik mengambil bentuk sebagai teknik dalam teater bukan realistik. Walaupun istilah ini dikira sebagai baru (dalam konteks dunia moden), sebenarnya teknik bukan realistik ini telah diaplikasikan semenjak zaman teater awal lagi. Sebagai contoh, penggunaan korus dalam pementasan teater Greek klasik adalah untuk menyuarakan idea, perasaan, atau niat yang mungkin tidak akan boleh diekspresikan secara realistik atas kekangan-kekangan tertentu. Teater bukan realistik memberi peluang untuk mempersembahkan kehendak dalaman yang benar (inner truth) – satu realiti yang ‘lebih benar daripada apa yang benar’.

                 Pelbagai jenis teknik teatrikal dan alat berada di bawah katogeri bukan realisme. Salah satunya adalah seperti soliloki – perbuatan di mana karakter bercakap dengan audien dan mengekspresikan fikiran tersembunyinya. Dalam kehidupan realiti, kita tidak akan bercerita tentang apa yang ada dalam fikiran kita itu secara terang-terangan untuk didengari oleh semua orang. Contoh yang lain pula adalah pantomin – sebuah perlakuan di mana pelakon akan menggunakan objek-objek yang tidak wujud. Bukan realisme paling jelas banyak digunakan di dalam teater berbentuk komedi dan muzikal.

Tuesday, 27 November 2012

FESTIVAL MONODRAMA IPTA/IPTS DBP-USM 2012



Pada 28 November 2012 sehingga 1 Disember 2012 akan diadakan satu pertandingan monodrama peringkat IPTA / IPTS seluruh Malaysia. Penyertaan meliputi 22 penyertaan daripada pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh negara. Masuk adalah percuma. Untuk sebarang info, sila ke FESTIVAL MONODRAMA IPTA/IPTS DBP - USM 2012

Friday, 23 November 2012

UPACARA BUKA PANGGUNG DALAM PERSEMBAHAN MEK MULUNG


           Mek  Mulung  pada  asalnya  berfungsi  sebagai  hiburan  yang  diperlukan  oleh  orang-orang  kampung  pada  waktu  malam,  setelah  penat  bekerja  pada  siang  harinya.  Persembahan  ini  biasanya  diadakan  sewaktu  musim  kenduri,  perayaan-perayaan  negeri,  pesta,  dan  ketika  menghadap  ‘guru’  tiga  tahun  sekali.  Selain  itu,  Mek  Mulung  dipersembahkan  untuk  berubat,  misalnya  untuk  memulihkan  pesakit  yang  mengalami  kerasukan,  mencari  orang  hilang  di  hutan  atau  untuk  bernazar.  Mek  Mulung  merupakan  sebuah  persembahan  teater  tradisional  yang  kaya  dengan  aspek  kehidupan  Melayu  dengan  sifat  kolektif  yang  wujud  dalam  setiap  aspek  persembahan  ini.  Untuk  mengekalkan  kelangsungan  persebahan  ini,  satu  adat  pemujaan  diadakan  pada  tiap-tiap  kiraan  tujuh  piama  Melayu  tiap-tiap  tahun.

            Upacara  bermula  dengan  Pak  Mulung  yang  masih  di  dalam  keadaan  siuman  (sedarkan  diri)  membaca  mantera  dan  jampi  untuk  memuja  dan  memanggil  dewa-dewa  dan  datuk  nenek  supaya  turun  meresapkan  diri  ke  dalam  jiwa  tiap-tiap  peserta  yang  memainkan  peranan  penting  di  dalam  istiadat  pemujaan  malam  itu.  Semangat  dewa-dewa  dan  datuk  nenek  ini  disebut  sebagai  ‘guru’.  Guru-guru  itu  dipuja  mengikut  urutan  dan  hierarki  :

1)      guru  tua  (guru  yang  paling  asal  sekali),

2)      guru  muda,

3)      peran  tua,

4)      peran  Bun

5)      peran  Kiau

6)      Dewa  Ketujuh

7)      Dewa  Kesuma

8)      Dewa  Kesakti

9)      Tok  Busu  Rabit

10)    Tok  Emek  (bidan  yang  sakti).  Dari  Tok  Emek,  Mek  Mulung  diperturunkan  kepada  Mek  Jelung.

            Pembacaan  jampi  dan  mantera  itu  memakan  masa  selama  kira-kira  tiga  puluh  minit.  Pelakon-pelakon  lain  serta  siapa-siapa  saja  yang  ingin  melibatkan  diri  di  dalam  upacara  pemujaan  itu  tunduk  dan  secara  sedar  mendengar  dengan  khusyuknya  kepada  mantera  dan  jampi  yang  diserukan  oleh  Pak  Mulung  itu.
Sebahagian  kecil  daripada  mantera  dan  jampi  itu  dibaca  :

“Amboi,  la  yang  tuan  nak  oi  semangat  oi  lagi.”
(diikuti  beramai-ramai  menyanyikan  lagu  itu)
“Amboi,  la  tak  reti  nak  oi  tak  reti  oi  lagi.”
(diikuti  beramai-ramai  menyanyikan  lagu  itu)
“Amboi,  la  oi  turun  tok  oi  tok  guru  la  oi  pula.”
(beramai-ramai  turut  menyanyikan  lagu  itu)
“Amboi,  la  oi  turun  tok  oi  tok  peran  la  oi  pula.”
(beramai-ramai  turut  menyanyikan  lagu  itu)

Pak  Mulung  akan  berterus-terusan  berbuat  begitu  sehingga  (tiga  puluh  minit  kemudiannya)  dia  lupakan  dirinya.  Dia  berlagak  seolah-olah  dia  berada  di  dalam  satu  dunia  lain.  Bersabit  dengan  itu,  mereka  yang  terlibat  tadi  dengan  serta-merta  menjadi  tidak  sedarkan  diri  juga  sama  seperti  Pak  Mulung.

                     Semua  yang  tidak  sedarkan  diri  itu  akan  berlari  keluar  dari  gelanggang  dengan  tempik  dan  sorak  riuh-rendah  bunyinya,  dan  akan  berlari-lari  ke  mana  saja  yang  mereka  boleh  pergi.  Mereka  mungkin  melarikan  diri  dan  bersembunyi  di  dalam  hutan  rimba,  atau  mungkin  memanjat  pokok  kelapa  dan  duduk  di  celah-celah  ranting  dan  dahan.  Sesetengahnya  pula  sampai  boleh  meniti  di  atas  bumbung  rumah  gelanggang  itu  sendiri,  dan  ada  pula  yang  sampai  boleh  berjalan  di  atas  ketujuh-tujuh  biji  buyung  yang  diatur  tadi  tanpa  tergelincir  walau  seinci  pun.

                     Ada  pula  di  antara  yang  tidak  sedarkan  diri  itu  hanya  terlompat-lompat  dan  meronta-ronta  di  dalam  gelanggang  sahaja  sambil  menanggalkan  baju  masing-masing  (yang  tinggal  hanya  sehelai  kain  sahaja)  Keadaan  pelakon-pelakon  tidak  sedarkan  diri  itu  akan  kekal  sehingga  fajar  menyinsing  esok  harinya.  Di  waktu  itulah  semua  yang  tidak  sedarkan  diri  itu  akan  pulih  dengan  sendirinya  dan  kembali  semula  ke  gelanggang.  Sehingga  saat  ini,  barulah  selesai  upacara  pemujaan  itu.

Orang  ramai  bukan  sahaja  dapat  menonton  upacara  pemujaan  itu  malah  akan  mendapat  peluang  pula  untuk  memohon  sesuatu  yang  dihajati  mereka.  Seseorang  boleh  memohon  apa  sahaja  kepada  Pak  Mulung  semasa  beliau  masih  lagi  dalam  keadaan  tidak  sedarkan  diri  itu  (in  the  state  of  trance).  Segala  permohonan  biasanya  diterima  Pak  Mulung  dengan  senang  hati,  terutama  dalam  hal  mengenai  menyembuhkan  penyakit,  memohon  supaya  dimakbulkan  sesuatu  hajat,  atau  memohon  minyak  pengasih  agar  dirinya  dikasihi  oleh  perempuan  yang  dicintainya.  Selepas  itu,  barulah  persembahan  lakon,  tarian  dan  nyanyian  dimulakan  dan  disudahi  dengan  upacara  tutup  panggung.



Directors Job


Director  is  the  person  who  rehearses  the  performers  (actors)  and  coordinates  their  work  with  that  of  others,  such  as  the  designers,  to  make  certain  that  the  script  is  performed  appropriately,  intelligently,  and  excitingly.  (Wilson,  1974,  1980,  1985,  1988,  1991,  1994).

The  artist  working  most  closely  with  performers  in  the  theatre  is  the  director,  who  guides  them  in  shaping  their  performances.  The  director  also  responsible  for  coordinating  other  aspects  of  the  production,  such  as  the  work  of  the  scenic,  costume,  and  lighting  designers.  Basically,  the duties  of  a  director  is  divided  into  three  phase  like  pre-production,  production,  and  post-production  :


PHASE
TASK
Pre-production
Pick  the  script.

Analyzed  the  script.

Searching  for  creative  team  and  production  team.

Read  the  script  and  analyzed  it  with  the  whole  team.

Came  up  with  directorial  concept.

Choosing  the  style  of  the production.
Production
Casting.

Supervise  and  train  actors  in  training  and  rehearsal.

Had  discussions  with  the  set  designer,  costume  designer,  and  lighting  designer  about  design.

Supervise  the  technical  rehearsal.

Supervise  the  full  dress  rehearsal.

Hold  a  preview  sessions.
Post-production
Doing  post-mortem  and  Q  &  A  session  of  the  performance.
                                  *Adapted  from  ‘The  Theater  Experience : sixth  edition’,  Edwin  Wilson  (1994, 149)


APA ITU CERITA RAKYAT, MITOS, LAGENDA, TOK SELAMPIT, & REBAB.




a)       Cerita  rakyat

Cerita  rakyat  merupakan  cerita-cerita  yang  disampaikan  secara  lisan  dalam  satu  kelompok  masyarakat  pada  zaman  dahulu  bertujuan  sebagai  hiburan,  menyampaikan  nasihat,  berkongsi  ilmu,  dan  sebagainya.  Cerita-cerita  ini  disampaikan  daripada  satu  generasi  kepada  generasi  seterusnya  dan  telah  menjadi  warisan  dalam  kelompok  itu.  Cerita  rakyat  biasanya  disampaikan  oleh  orang-orang  yang  lebih  tua  seperti  datuk,  nenek,  ibu  bapa,  atau  ketua  masyarakat.  Namun  begitu,  terdapat  juga  cerita-cerita  rakyat  yang  telah  menjadi  global  kerana  dikongsi  dengan  kelompok  masyarakat  lain  di  seluruh  dunia,  contohnya  seperti  cerita  Anjing  dengan  Bayang-bayang.

b)       Mitos

Mitos  adalah  cerita  rakyat  yang  tokohnya  terdiri  dari  para  dewa  atau  makhluk  setengah dewa  (demi-god)  yang  terjadi  di  dunia  lain  atau  kayangan  pada  masa  lampau  dan  dianggap  benar-benar  terjadi  oleh  yang  empunya  cerita  atau  penganutnya.  Mitos  pada umumnya  menceritakan  tentang  kejadian  terjadinya  alam  semesta,  dunia,  bentuk khas  binatang,  bentuk  topografi,  peperangan  para  dewa,  kisah  percintaan  mereka  dan sebagainya. Contoh  cerita  mitos  ialah  kisah  Ramayana  atau  Oedipus  Rex.

c)       Lagenda

Lagenda  adalah  cerita-cerita  rakyat  yang  tidak  diketahui  akan  kesahihannya  mengenai  sesuatu  kejadian  itu  namun  dipecayai  benar-benar  terjadi  di  suatu  tempat.  Lagenda  biasanya  disampaikan  secara  lisan  dan  merupakan  gossip  atau  cerita  hangat  yang  menjadi  buah  mulut  pada  zaman  dahulu  mengenai  kejadian  yang  terjadi. Misalnya,  kejadian  Si  Tanggang  yang  disumpah  menjadi  batu  kerana  menderhaka  kepada  ibunya  adalah  lagenda  yang  sering  disampaikan  dan  dipercayai  benar-benar  berlaku  walaupun  tiada  sebarang  bukti  konkrit. 

d)      Tok  Selampit

Tok  Selampit  ialah  nama  gelaran  atau  nama  karakter  yang  diberikan  kepada  tukang  cerita  atau  penglipur  lara  yang  selalunya  menceritakan  kisah-kisah  hikayat,  mitos,  lagenda,  atau  cerita  rakyat  kepada  masyarakat  kampung.  Penduduk  kampung  pada  zaman  dahulu  biasanya  akan  berkumpul  beramai-ramai  untuk  mendengar  Tok  Selampit  bercerita.  Tok  Selampit  akan  bercerita  diselang-selikan  dengan  nyanyian  gurindam,  syair,  pantun  dan  seloka.  Antara  alat  muzik  yang  digunakan  Tok  Selampit  bagi  mengiringi  ceritanya  adalah  seperti  rebab,  serunai  dan  gendang.

e)       Rebab

Rebab  adalah  sejenis  alat  muzik  bertali  yang  dibawa  masuk  ke  Malaysia  daripada  Arab.  Rebab  adalah  salah  satu  alat  muzik  yang  digunakan  dalam  persembahan  gamelan  dan  persembahan  tradisional  lain.  Ia  diperbuat  daripada  kayu  dan  kulit  lembu.