Tuesday 7 May 2013

Pementasan Teater Bukan Bunuh Diri










TAJUK  :  BUKAN BUNUH DIRI
TARIKH  :  13 & 14 Mei 2013
TEMPAT  :  PANGGUNG SASARAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KEMASUKAN  :  RM 5

Bukan Bunuh Diri merupakan sebuah pementasan teater yang akan dipentaskan sebagai salah satu acara dalam Festival RINTIS – SHIFT yang akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM)  pada Mei ini. RINTIS adalah singkatan bagi ‘Research and Innovation Towards Integration and Sustainability’. Ia merupakan sebuah acara tahunan yang memaparkan hasil kerja  terbaik para penuntut tahun akhir Pusat Pengajian Seni, USM. Festival yang akan dirasmikan pada 21 Mei 2013 ini meliputi aktiviti seperti pameran dan persembahan dalam pelbagai lapangan kesenian seperti muzik, drama & teater, seni halus, reka bentuk grafik, reka bentuk produk, dan juga reka bentuk dalam teknologi media baru.

 Bukan Bunuh Diri merupakan pementasan teater yang kelima daripada tujuh drama yang akan dipentaskan. Ia merupakan karya daripada penulis skrip terkenal Malaysia, Dinsman; dan akan diarahkan oleh Noor Rizuwan Zolkepli, pelajar tahun akhir Bahagian Drama & Teater, Pusat Pengajian Seni, USM. Izzardzafli Padzil yang akan mendukung watak utama dalam pementasan ini turut merupakan pelajar tahun akhir Bahagian Drama & Teater dan lakonannya akan dinilai. Beliau akan digandingkan bersama pelakon-pelakon lain seperti Hilyati Ramli dan Izzati Azizan.

Bukan Bunuh Diri mengetengahkan konflik dalaman diri Adam yang membuat keputusan untuk membunuh diri dalam usahanya bertemu tuhan. Namun niatnya itu dipersoal oleh orang-orang tertentu yang sebenarnya adalah jelmaan id dalam hatinya sendiri yang mencari justifikasi dan meragui tentang keputusannya untuk membunuh diri. Apakah tindakan Adam seterusnya? 

Untuk maklumat lanjut berkenaan pementasan ini, hubungi nombor 014 2767276 (Riz) atau 013 9420028 (Ain).




 TITLE  :  BUKAN BUNUH DIRI
DATE  :  13th & 14th May 2013
VENUE  :  PANGGUNG SASARAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ADMISSION  :  RM 5
   
Bukan Bunuh Diri is a theatre performance that will be staged in conjunction of RINTIS Festival that happening in Universiti Sains Malaysia (USM) in May. RINTIS stand for ‘Research and Innovation Towards Integration and Sustainability’. It is an annual exhibition to showcase the final year student’s best artwork in School of the Arts, USM. The festival will be inaugurated on May 21, 2013 includes a variety of events and exhibitions in the field of arts such as music, drama & theater, fine art, graphic design, product design, and design in new media technologies.

In this festival, Bukan Bunuh Diri will be the fifth theater staged out of seven plays. It is written by well known scriptwriter in Malaysia, Dinsman; and will be directed by Noor Rizuwan Zolkepli, a final year student of Drama & Theater Department School of the Arts, USM. Izzardzafli Padzil whom will play the main character in this show is also a final year student of Drama & Theater Department and his acting will be assessed. He also a theater activist in Penang and will be paired together with Hilyati Ramli and Izzati Azizan in this show.

Bukan Bunuh Diri highlight an internal conflict of Adam, in seeking the truth of his existence, decided to commit suicide in an effort to meet god. But his intention was questioned by his uncertainties and doubts in his own mind about his decision to commit suicide, which came to him in figures and clusters of images he created within his unconscious. 

For more info and tickets, please contact the number 014 2767276 (Riz) or 013 9420028 (Ain).




日期      :  2013513-14
地点      :  PANGGUNG SASARAN, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
入场费  :  RM 5

BukanBunuhDiri是一部将于5月间,配合槟城理科大学主办的 RINTIS Festival 活动中呈现的话剧。 RINTIS 是研究革新、统和持续性发展的简称 (Research and Innovation Towards Integration and Sustainability)。这是一项年度展览会,以展示理科大学艺术系准毕业生的最佳美术作品。该项RINTIS Festival活动将会于 2013 5 21日推展,其中包括了一连串的活动与展览,如:音乐、话剧及戏剧、美术设计、图像设计、产品设计、新媒体工业设计。

在该项节庆活动中,BukanBunuhDiri是由马来西亚著名的编剧Dinsman编写,而将由理科大学话剧与戏剧部门的准毕业生Noor RizuwanZolkepli指导。来自同样科系IzzardzafliPadzil是槟城戏剧圈的活跃分子。他将会饰演该话剧的男主角。此外,将和他同台演出的有HilyatiRamliIzzatiAzizan

BukanBunuhDiri是讲述一位名为Adam 在寻找他生存意义的内心挣扎与矛盾。最终他决定以自杀来会见上帝。但他突然对自杀的打算而感到疑惑与不肯定。他的疑惑不知不觉中演变成内心所产生的影像,而他连续多次地与影像对话。预知故事的结局,请到演出地点观赏此话剧。

售票详情请联络014 2767276 (Riz).