ULASAN : SKRIP DRAMA ‘ATAP
GENTING ATAP RUMBIA’
PENULIS : MUSTAPHA KAMIL
YASSIN @ KALA
DEWATA
TERBITAN
: DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA (CETAKAN
KEEMPAT 1991)
Drama ‘Atap Genting
Atap Rumbia’ merupakan
antara drama pelopor
aliran realisme di
Malaysia. Penulis drama
ini sendiri, Kala
Dewata merupakan antara
tokoh yang menjadi
pelopor aliran realisme
dalam penulisan skrip
drama. Dari segi
pembahagian babak dan
adegan, drama ini
jelas memperlihatkan ciri
realisme yang dibawanya
itu. Drama ini
terdiri daripada tiga
babak dan setiap
babak dipecahkan kepada
tiga adegan.
Babak 1,
yang mempersembahkan peristiwa
di rumah atap
genting dipecahkan kepada
tiga adegan. Adegan
pertama ialah pertemuan
Shamsuddin dengan Puan
Hindon di rumah
wanita itu. Adegan
kedua melibatkan Puan
Hindon, Encik Jamal,
dan Shamsiah. Dalam
adegan itu, Puan
Hindon mengajak Encik
Jamal membawa Shamsiah
ke rumah Encik
Hizam. Tujuannya adalah
untuk mempertemukan anaknya
dengan Jaafar, anak
Encik Hizam. Adegan
ketiga pula mengisahkan
Mak Temah dan
Pak Abu membuat
rancangan untuk membantu
Shamsiah menghadapi halangan
ibunya.
Babak 2
pula berkisar kepada
peristiwa di rumah
atap rumbia, di kampung
Shamsuddin. Babak ini
dipecahkan kepada tiga
adegan juga. Adegan
satu mempersembahkan peristiwa
perbincangan keluarga Shamsuddin
tentang rancangan Shamsuddin
mahu mengambil gadis
kota sebagai pasangan
hidupnya. Adegan kedua
pula membawa adegan
Mak Temah dan
Pak Abu menyamar
sebagai tuan rumah
atap genting dan
menerima peminangan. Sementara
adegan ketiga pula
ialah kisah Puan
Hindon dan Encik
Jamal pergi ke
rumah Shamsuddin untuk
memulangkan cincin tanya
serta menolak peminangannya
tempoh hari.
Babak 3 drama
ini pula membawakan
kisah di rumah
atap rumbia. Adegan
pertama ialah adegan
sewaktu Shamsuddin menerima
surat daripada Shamsiah, yang
memberitahunya bahawa cincinnya
tempoh hari yang
diterima Mak Temah
dan Pak Abu
telah membangkitkan kemarahan
ibunya. Dia juga
memberitahu, bahawa ibu
bapanya akan datang
ke rumah Shamsuddin
untuk memulangkan cincin
tersebut. Sementara adegan
ketiga pula adalah
tentang kedatangan Pak
Abu, Mak Temah
dan Shamsiah ke
rumah Shamsuddin untuk
menyelesaikan kerumitan.
Plot
dalam drama ‘Atap
Genting Atap Rumbia’
dibahagikan mengikut urutan
peristiwa. Terdapat sebelas
urutan peristiwa yang
membentuk plot drama
‘Atap Genting Atap
Rumbia’.
Peristiwa
1 - Shamsuddin
ke rumah Shamsiah
untuk berjumpa dengan
bapa Shamsiah, Encik Jamal bagi menyatakan hasratnya memperisterikan anak gadis Encik Jamal itu. Puan Hindon yang ada di rumah melayani Shamsuddin dengan separuh hati sahaja kerana dia tidak suka bermenantukan Shamsuddin, sebaliknya lebih suka jika anaknya berkahwin dengan orang kaya. Puan Hindon membuat pelbagai helah bagi menghalang Shamsuddin bertemu suaminya. Akhirnya Shamsuddin akur dan pulang ke rumah setelah Puan Hindon kononnya meminta Shamsuddin menghantar wakil yang setaraf dengan suaminya bagi membincangkan hal dirinya dengan Shamsiah.
Peristiwa
2 - Encik
Jamal kembali dari
pejabat dan berbincang
dengan isterinya mengenai
hasrat Shamsiah hendak
mendirikan rumah tangga
dengan Shamsuddin. Mereka
tidak sefahaman dalam
soal itu. Encik
Jamal lebih liberal
dan baginya tidak
ada salahnya jika
anaknya mahu berkahwin
dengan Shamsuddin. Walaubagaimanapun, Puan
Hindon tetap berkeras
mahu memutuskan hubungan
anaknya itu. Dia
mahu anaknya dipertemukan
dengan anak Encik
Hizam, Jaafar yang
baru pulang dari
universiti.
Peristiwa
3 - Mak
Temah dan Pak
Abu membuat rancangan
mereka sendiri untuk
menolong Shamsiah. Oleh
sebab bimbang pinangan
Shamsuddin akan ditolak
oleh Puan Hindon,
mereka berdua berpakat
bahawa merekalah nanti
yang akan menyambut
wakil pinangan Shamsuddin.
Untuk itu, Mak
Temah dan Pak
Abu berlatih menggayakan
pakaian, meniru cara
pertuturan, dan cara
merima tetamu sebagaimana
kelaziman orang -
orang berkedudukan di
kota.
Peristiwa
4 - Perbincangan
Pak Salleh dan
Mak Piah berhubung
dengan hasrat Shamsuddin
mahu menikahi gadis
kota. Mak Piah
yang mendapat sokongan
adiknya, Minah bersetuju
dengan hasrat Shamsuddin
itu manakala Pak
Salleh pula agak
keberatan kerana baginya;
jurang yang wujud
di antara kota
dengan desa dan
perbezaan latar belakang
antara kedua -
dua pihak tidak
boleh dipertemukan dalam
suasana yang harmonis.
Pak Salleh bimbang
kalau - kalau
si isteri yang
berasal dari kota
itu nanti tidak
dapat menyesuaikan diri
dengan cara hidup
di desa.
Peristiwa
5 - Pak
Salleh dan Mak
Piah berbincang dengan
Kassim, Minah dan
Shamsuddin mengenai hasrat
Shamsuddin. Keputusannya, rancangan
Shamsuddin direstui dan
Kassim serta isterinya,
Minah diutus sebagai
wakil untuk menghantar
cincin tanya. Mereka
akan pergi pada
hari Selasa minggu
hadapannya.
Peristiwa
6 - Mak
Temah dan Pak
Abu menyambut kedatangan
wakil pihak Shamsuddin
yang membawa tepak
sirih dan cincin
tanya. Mak temah
dan Pak Abu
yang menyamar sebagai
tuan rumah menerima
cincin belah rotan
dan berjanji akan
memberikan kata putus
kepada wakil pihak
Shamsuddin dalam masa
seminggu.
Peristiwa
7 - Puan
Hindon dan Encik
Jamal pulang daripada
majlis tari -
menari di rumah
menteri dan terserempak
dengan Pak Abu
dan Mak Temah
yang bergaya seperti
mereka. Dengan itu,
semua rahsia telah
terbongkar dan Puan
Hindon amat marah
akan hal itu,
lebih - lebih
lagi apabila terlihat
cincin belah rotan
dan tepak sirih.
Dia mendesak suaminya
agar segera memulangkan
cincin itu dan
menolak pinangan tersebut.
Peristiwa
8 - Shamsuddin
menerima surat Shamsiah
yang memberitahunya bahawa
wakilnya hari itu
disambut oleh kedua
- dua orang
gajinya, dan bukan
ibu bapanya. Kedua
- dua ibu
bapanya akan datang
ke rumah Shamsuddin
pada hujung minggu
untuk mengembalikan cincin
yng telah diterima
oleh Mak Temah
dan Pak Abu.
Peristiwa
9 - Puan
Hindon dan Encik
Jamal datang ke
kampung Shamsuddin untuk
memulangkan cincin tanya.
Rundingan tergendala dan
menjadi kecoh apabila
Mak Piah dan
Puan Hindon saling
kata - mengata
antara satu sama
lain.
Peristiwa
10 - Shamsiah
dihantar oleh Pak
Abu dan Mak
Temah ke rumah
Shamsuddin kerana dia
terlalu bimbangkan jika
sesuatu perkara yang
buruk akan berlaku
antara ibu bapanya
dengan ibu bapa
Shamsuddin.
Peristiwa 11 - Rundingan dalam suasana yang tenang berjaya dijalankan apabila orang - orang perempuan diminta beredar dan tidak terlibat dengan perbincangan. Perbincangan yang dijalankan antara orang - orang lelaki akhirnya membuahkan hasil apabila kata putus dicapai untuk merestui hubungan antara Shamsuddin dan Shamsiah, namun Shamsuddin diminta dahulu agar bersedia dari pelbagai segi dan tidak terburu - buru untuk berkahwin.
Daripada urutan
peristiwa di atas
jelaslah bahawa peristiwa
- peristiwa dalam
drama ini disusun
berdasarkan hukum sebab
dan akibat. Selain
itu, peristiwa -
peristiwa dalam drama
ini juga disusun
mengikut urutan masa
atau kronologi. Pengarang
tidak menggunakan teknik
imbas kembali dalam
dramanya ini.
Dramatis Kala Dewata,
lewat dramanya, ‘Atap
Genting Atap Rumbia’
cuba mengetengahkan pertentangan
nilai antara orang
kota dan orang
desa sebagai tema
atau pemikiran utama
dramanya. Nilai orang
kota berpusat kepada
kebendaan. Mereka memandang
tinggi dan mementingkan
status, pangkat, harta,
dan kemewahan. Sementara
orang desa pula
memberi nilai yang
tinggi kepada budi
bahasa dan kesederhanaan
hidup. Seterusnya diperlihatkan
betapa perbezaan nilai
itu mempengaruhi sikap
mereka dalam pemilihan
pasangan hidup untuk
anak - anak
mereka.
Puan Hindon dalam
drama ini begitu
angkuh dengan kedudukannya
sebagai isteri seorang
pegawai di kota.
Dia memandang sepi
orang kampung yang
dianggap kuno dan
ketinggalan. Itulah nilai
yang digambarkan ada
pada orang kota,
dibawa melalui watak
Puan Hindon. Hal
ini dipaparkan melalui
perwatakan Puan Hindon
yang tidak merestui
hubungan anaknya dengan
Shamsuddin hanya kerana
Shamsuddin berasal daripada
desa. Dia lebih
mengimpikan agar anaknya
itu berkahwin dengan
anak orang kaya
seperti Jaafar, anak
Encik Hizam yang
baru pulang dari
universiti.
Bagi pihak orang
desa, mereka pula
berpegang pada nilai
yang berbeza daripada
orang kota. Keluarga
Shamsuddin di kampung
tidak sedikit pun
ghairah untuk bermenantukan
anak pegawai tinggi
di kota, malah
mereka bimbang kalau
- kalau menantu
mereka dari kota
itu nanti tidak
dapat menyesuaikan diri
dengan kehidupan di desa. Apabila
Shamsuddin berkahwin nanti,
ditakuti Shamsuddin akan
terikat dengan keluarga
mertuanya di kota
dan akan jarang
- jarang pulang
ke desa kerana
mengikut kehendak isteri.
Hal ini dipaparkan
melalui dialog bapa
Shamsuddin, Pak Salleh
:
“Orang kaya
dapat menantu, orang
miskin hilang anak.”
( m/s 49 )
Soal pertentangan antara
orang desa dengan
orang kota dapat
dilihat semasa kedatangan
Puan Hindon dan
Encik Jamal ke
rumah bapa Shamsuddin
untuk memulangkan cincin
tanya. Pertikaman lidah
antara Mak Piah
dengan Puan Hindon
seolah - olah
mmperlihatkan pertemuan buku
dengan ruas. Dua
pihak yang ekstrim
cuba mempertahankan nilai
sendiri dan saling
mencemuh antara satu
sama lain. Puan
Hindon datang ke
rumah itu dengan
angkuhnya. Mak Piah
pula mengambil kesempatan
itu untuk membidas
sikap Puan Hindon
dengan kata -
kata yang pedas.
Dengan itu,
jelaslah bahawa melalui
pemikiran utama di
atas, drama ini
juga memaparkan persoalan
- persoalan lain
sebagai persoalan sampingan.
Melalui drama ini,
diketengahkan perbezaan sikap
antara kaum lelaki
dan kaum perempuan.
Kaum lelaki diperlihatkan
lebih rasional dalam
menghadapi masalah. Hal
ini dipapar melalui
plot sewaktu orang
- orang lelaki
bertegas menyuruh kaum
wanita jangan ikut
campur dalam perbincangan
kerana mereka hanya
mencetuskan perbalahan.
Persoalan lain
yang diwujudkan ialah
mengenai sikap positif
anak muda kampung.
Shamsuddin, pemuda yang
berasal dari kampung
dalam drama ini,
dengan penuh kerelaan
kembali semula ke
desa untuk berkhidmaat
di sana. Walaupun
dia menyimpan hasrat
untuk mengambil gadis
kota sebagai isteri
dan dia sendiri
amat memahami mengenai
penerimaan emak Shamsiah
terhadap dirinya, tetapi
itu semua tidak
menjadi penghalang buatnya
untuk berbakti kepada
masyarakat desa. Nyatalah
di sini bahawa
Shamsuddin adalah jambatan
yang menghubungkan antara
orang kota dan
orang desa yang
sekian lama renggang
oleh nilai -
nilai yang berbeza
yang dipegang oleh
kedua - dua kelompok itu.
Melalui drama ‘Atap
Genting Atap Rumbia’,
penulis berjaya mengekspresikan pandangannya
ke atas isu
- isu sosio-politik
pada masa itu
melalui bentuk penulisan
realisme yang mudah
difahami dan dekat
dengan realiti hidup
sehari - hari
masyarakat Malaysia. Drama
ini juga menjadi
satu media untuk
menyatakan protes dan
kritikan secara halus
dan sinis kepada
masyarakat. Antara protes
sosial yang dipaparkan
dalam drama ini
adalah mengenai sikap
segelintir golongan kota
yang mementingkan darjat,
sikap sombong dan
bongkak dalam kalangan
orang Melayu yang
telah berjaya dalam
hidup, sikap mementingkan
kebendaan dalam masyarakat,
sikap ibu bapa
yang sanggup mencemarkan
maruah demi mendapat
menantu yang berkedudukan,
serta sikap segelintir
golongan yang tidak
senang dengan semangat
anak - anak
muda yang mahu
berkhidmat di luar
bandar. Contoh -
contoh mengenai sikap
- sikap negatif
ini dipaparkan melalui
watak Puan Hindon
(antagonis drama ini).
Sebagai sebuah karya
realisme, drama ‘Atap
Genting Atap Rumbia’
cuba memapar realiti
masyarakat sebenar sebagaimana
yang wujud pada
zaman itu. Drama
ini ditulis pada
tahun 1963. Oleh
itu, sedikit sebanyak
realiti masyarakat sekitar
awal tahun 1960-an
dipapar dalam drama
ini. Tahun 1960-an
merupakan tahap awal
perkembangan golongan menengah
Melayu. Golongan menengah
Melayu yang dimaksudkan merupakan
golongan lulusan universiti
tempatan yang menyandang
jawatan tinggi terutamanya
dalam kerajaan dan
tinggal di kota
- kota. Pada
waktu itu, orang
- orang Melayu
dilihat melalui satu
zaman transisi daripada
kaum yang mundur
dan terkebelakang dalam
ekonomi; menuju satu
status yang lebih
tinggi dan maju
dalam masyarakat. Golongan
menengah Melayu mula
menikmati kehidupan mewah
kerana bergaji besar.
Pada waktu itu,
boleh dikatakan sebanyak
80% lulusan universiti
tempatan mendapat peluang
kerja sebagai penjawat
awam dalam kerajaan.
Mereka sudah mula
tinggal di rumah
- rumah besar
dan beratap genting
di kota sama
ada yang disediakan
oleh kerajaan mahupun
hak persendirian. Kedudukan
mereka di persekitaran
kota menyebabkan mereka
mempunyai pandangan dan
nilai yang berpusat
kepada status dan
kebendaan. Ramai di
antara golongan ini
mengalami kejutan budaya
dalam perubahan taraf
hidup. Keadaan ini
digambarkan dalam drama
melalui keluarga Encik
Jamal, lebih tepat
lagi, sikap Puan
Hindon.
Pada dekad
itu juga, keadaan
di desa -
desa masih serba
kekurangan. Kemudahan -
kemudahan fizikal yang
asas seperti air
dan elektrik masih
belum dapat disalurkan
di kawasan -
kawasan pedalaman seperti
di kawasan desa.
Penduduk di kawasan
kampung masih lagi
hidup dalam taraf
ekonomi yang rendah
kerana kemajuan belum
dapat disalurkan ke
semua kawasan di
Malaysia. Kebanyakan orang
kampung tinggal di
rumah yang beratap
rumbia. Oleh kerana
masyarakat desa hidup
dalam keadaan sosio-ekonomi
yang sederhana, mereka
hidup secara bergotong
- royong dan
saling bantu -
membantu. Atas nilai
inilah yang membentuk
sikap kesederhanaan orang
kampung baik dari
sudut budi bahasa,
agama, dan sifat
sopan santun mereka.
Mereka juga mementingkan
ikatan kekeluargaan dan
permuafakatan. Hal ini
digambarkan dalam drama melalui keadaan
dalam keluarga Pak
Salleh.
Perbezaan yang wujud
dari sudut sosio-ekonomi
menyebabkan berlakunya pertentangan
nilai antara dua
golongan ini, orang
kota tidak sukakan
orang desa yang
dianggap tidak setaraf.
Manakala orang desa
pula mencurigai orang
kota dan bencikan
kebongkakan mereka. Hal
ini juga seterusnya
memberi kesan dalam
urusan pemilihan jodoh
antara orang desa
dan kota. Mereka
masing - masing
mempunyai kriteria -
kriteria tertentu yang
harus ada pada
seseorang calon menantu.
Kriteria - kriteria
ini terbentuk berasaskan
nilai yang dipegang
oleh kelompok masing
- masing. Orang
kota tidak rela
bermenantukan orang desa
kerana percaya bahawa
orang desa tidak
setaraf dengan status
mereka (nilai kebendaan).
Orang desa pula
keberatan menerima menantu
dari kalangan orang
kota kerana mereka
beranggapan bahawa orang
kota tidak mempunyai
nilai kekeluargaan yang
erat seperti yang
diamalkan masyarakat desa.
Hal ini jelas
ditonjolkan dalam drama
apabila ikatan Shamsuddin
dan Shamsiah mendapat
tentangan daripada kedua
belah pihak yang
berbeza fahaman nilai.
Pada zaman itu,
pola pilihan menantu
mempunyai dua kategori
utama. Pola pertama
menunjukkan bahawa majoriti
orang yang tinggal
di kota akan
memilih menantu yang
berjawatan tinggi dan
mempunyai status. Keadaan
ini diulas oleh
Kala Dewata dalam
dramanya ini melalui
peristiwa sewaktu Puan
Hindon berusaha mempertemukan
anaknya dengan Jaafar.
Orang desa pula
biasanya akan memilih
menantu dalam kalangan
orang kampung juga
terutamanya yang mempunyai
nilai - nilai
ketimuran seperti berbudi
bahasa, baik dalam
ilmu agama, serta
pandai mengurus rumahtangga.
Secara keseluruhannya, Kala
Dewata berjaya menyampaikan
pemikirannya terhadap nilai
dan permasalahan sosio-politik
melalui drama ini.
Kritikan - kritikan
sosial secara halus
diselitkan dengan cara
yang santai dan
humor. Hal ini
akan mengakibatkan pembaca
mahupun audiens lebih
dekat dan memahami
mesej yang ingin
disampaikan. Maka, tujuan
utama sesebuah naskah
skrip itu dikarang
telah pun tercapai.
Lampiran Skrip ada tak?? ^_^
ReplyDeletemaaf. softcopynya takde.
ReplyDeleteok. Terima kasih :)
ReplyDeletesalam macam mana saya nk contact awk...???saya nak tanya sesuatu
ReplyDeleterizprahara@gmail.com
Deleteemel soalan kpd sy.
wsalam farah farabi. awk blh emel saya di rizprahara@gmail.com
ReplyDeletesatu penerangan yang sangat menarik dan mudah difahami oleh seluruh masyarakat dan penggiat seni.
ReplyDeletesatu penerangan yang sangat menarik dan mudah difahami oleh seluruh masyarakat dan penggiat seni.
ReplyDeleteHari ini 2hb January 2022,Drama Atap genting Atap Rumbia di tayangkan di Tv6. Drama hitam putih terbitan tahun 1976.
ReplyDelete