ULASAN : TEATER
MONOLOG ‘LADY SWETTENHAM’
PRODUKSI : MASA KINI THEATRE
COMPANY
PENGARAH
: ZAGE LARSEN
PELAKON : SABERA SHAIK
TARIKH : 29 DAN 30 SEPTEMBER 2010
MASA : 8.30
MALAM
TEMPAT : PANGGUNG
PELENGGANG CAHAYA, UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA
TIKET : RM 10
DURASI : 55
MINIT
Pada 29 dan
30 haribulan September
2010 yang lalu,
saya berpeluang menyaksikan
persembahan teater monolog
‘Lady Swettenham’ yang
dibawa khas ke
Panggung Pelenggang Cahaya,
Universiti Sains Malaysia
(USM), Pulau Pinang
oleh Masa Kini
Theater Company, iaitu
sebuah produksi teater
yang berpangkalan di
Kuala Lumpur. Teater
monolog ini telah
dijayakan selama 2
malam berturut-turut oleh
seorang pelakon teater
tanah air yang
tersohor, Sabera Shaik.
Menyentuh persoalan mengenai
teater monolog, masih
segar di ingatan
saya akan tugasan
saya yang pertama
dahulu di panggung
yang sama pada
Julai lepas; teater
monolog ‘Tiada Ganti’
yang dijayakan oleh
Muhammad Khairol Azhar.
Biarpun kita masih
membicarakan mengenai teater
monolog, tetapi persembahan
monolog oleh Sabera
Shaik yang saya
tonton pada kali
ini jauh berbeza
dengan persembahan terdahulu.
Saya tidak akan
membandingkan kedua-dua teater
ini kerana tidak
adil rasanya jika
saya membuat perbandingan
memandangkan taraf kedua-dua
pelakon ini berada
jauh pada kedudukan
yang berbeza. Saya
tidak akan mengupas
kelemahan-kelemahan teater
monolog ‘Lady Swettenham’
seperti yang saya
kupas dalam teater
monolog ‘Tiada Ganti’,
akan tetapi saya
akan mengulas kejayaan
lakonan Sabera Shaik
dalam teater ini
berpandukan teknik lakonan
yang telah dicadangkan
oleh Konstantin Sergevich
Stanislavski melalui bukunya
‘An Actor Prepares,
Building A Character’
dan ‘Creating A
Role’.
Teknik lakon yang
dicadangkan Stanislavski merangkumi
beberapa kaedah asas,
yang kemudiannya telah
dikembangkan dan diimprovisasikan oleh
beberapa sarjana, penulis,
dan pengkaji. Ulasan
yang ingin saya
tulis dalam tugasan
ini adalah berpandukan
teknik lakon yang
dicadangkan Stanivlaski yang
saya rujuk dalam
buku ‘Living Theater,
A History’ karya
Edwin Wilson dan
Alvin Goldfarb. Dalam
buku ini, ada
5 teknik yang
dicadangkan untuk melahirkan
seorang pelakon yang
baik dan menjiwai
watak.
Teknik
pertama yang dicadangkan
Stanivlaski adalah analisis
skrip dan latar
belakang karakter. Analisis
skrip dan latar
belakang karakter adalah
perkara yang mesti
diutamakan oleh pelakon
sebelum bermulanya tugas
mereka di pentas.
Seseorang pelakon itu
haruslah sedar mengenai
latar belakang karakternya,
persekitaran, perhubungan, dan
seberapa banyak yang
mungkin butir-butir yang
dapat melengkapkan watak
tersebut. Hal ini
disebut sebagai ‘given circumstances’. ‘Given
circumstances’ merangkumi empat
pecahan iaitu fakta
(plot,kejadian), tahap sosial
(latar,waktu), interpretasi teks
(watak,gaya), dan estetika
(set,kostum). Meneliti akan
kekemasan lakonan Sabera
Shaik, memang jelas
kaedah yang dianjurkan
Stanivlaski ini dipraktikkan
oleh beliau. Sebanyak
13 watak yang
dijayakan beliau, tidak
ada satu pun
yang kelihatan sama
atau serupa; biarpun
berada dalam kelompok
yang sama, tetapi
perincian mereka saling
berbeza. Penukaran karakter
beliau dari satu
watak ke watak
yang lain, dilakukan
dalam sekelip mata;
umpama melihat dua
pelakon berbeza. Dalam
bengkel lakonan yang
dikemudikan Sabera Shaik
pada 30 September
2010, jam 8.00
pagi hingga 10.00
pagi di Katarsila,
USM; Sabera sendiri
ada mengakui mempraktikkan
teknik ini sebagai
berkata; “Saya selalunya
menghabiskan masa selama
3 jam hingga
3 hari hanya
untuk menganalisis karakter
di dalam skrip.”
Teknik kedua yang
dicadangkan Stanivlaski ialah
‘magic if’. ‘Magic
if’ merupakan satu
konsep yang membuatkan
pelakon berfikir, “What
if I was
the character?” ataupun
“Bagaimana jika aku
adalah karakter?”. Teknik
ini akan mengajak
pelakon berfikir dan
bertingkah laku seperti
karakter atas tindakan
seterusnya yang akan
mereka ambil bersesuaian
dengan kepercayaan watak
mereka. Sebagai contoh,
Sabera boleh saja
membawakan watak Lady
Swettenham dengan interaksi
yang elegan semasa
babak Lady Swettenham
bertekak dengan wanita-wanita
Inggeris lain di
Tanah Melayu (kerana
kebiasaannya wanita Inggeris
dilihat begitu), akan
tetapi setelah memahami perwatakan
Connie (nama sebenar
Lady Swettenham) dan
menggunakan teknik ‘magic
if’, Sabera bereaksi
pada babak itu
dengan menghentak-hentakkan kakinya
dan mengejek keanak-anakkan (satu
sifat kontra daripada
watak wanita Inggeris
yang klise). Akan
tetapi, memang begitulah
sifat Connie. Melalui
teknik ini, Sabera
tidak terkeluar dari
watak dan perwatakannya.
Teknik ketiga yang
dicadangkan Stanivlaski ialah
‘superobjective’ yang boleh
diistilah sebagai ‘objektif
utama’ karakter dalam
satu-satu babak atau
pementasan. Pelakon perlu
mengenalpasti dan menetapkan
objektif itu agar
tidak lari reaksi
yang dilakonkan dengan
perwatakan. Ini kerana
watak harus mencapai
objektif itu biarpun
plot dimanipulasi. Biarpun
hal ini tidak
ada disebutkan Sabera
dalam bengkelnya, namun
saya pasti teknik
yang dicadangkan Stanivlaski
ini ada dipraktikkan.
Lihat saja pada
konsistensi watak Connie,
tidak pernah berubah
dari awal hingga
akhir. Tentu Sabera
telah menanam matlamat
watak tersebut yang
kesannya tidak menyebabkan
lakonannya terpesong.
Kosentrasi (concentration) merupakan
teknik keempat yang
dicadangkan Stanivlaski. Kosentrasi
merupakan jantung kepada
kesemua teknik ini.
Kosentrasi bermaksud seseorang
pelakon itu haruslah
membuat anggapan bahawa
beliau berada di
pentas lakonan itu
untuk kali yang
pertama, teknik ini juga
disebut sebagai ‘ilusi
kali pertama’. Hal
ini akan membuatkan
lakonan kelihatan semulajadi.
Mengambil contoh pementasan
‘Lady Swettenham’, pastilah
ia kelihatan begitu
semulajadi buat Sabera
kerana Panggung Pelenggang
Cahaya bukanlah tempat
beliau selalu membuat
latihan atau raptai.
Oleh itu, kosentrasi
yang dicerminkan kelihatan
begitu semulajadi. Kalau
tidak salah saya,
beliau hanya melakukan
raptai persembahan di
Panggung Pelenggang Cahaya
hanya sekali sahaja,
iaitu pada petang
28 September, sehari
sebelum pementasan yang
pertama. Kosentrasi juga
memerlukan pelakon fokus
pada sesuatu kejadian
yang berlaku secara
spontan di pentas.
Sebagai contoh, berlaku
masalah teknikal sistem
pengcahayaan pada malam
kedua persembahan; menyedari
akan situasi ini,
Sabera lantas mengimprovisasikan lakonannya
bersesuaian dengan situasi
yang tidak dijangka
itu.
Akhir sekali, teknik
yang dicadangkan Stanivlaski
adalah ‘emotional recall’
ataupun kadangkala disebut
sebagai ‘affective memory’.
Teknik ini membantu
seseorang pelakon mencerminkan
emosi secara semulajadi
dengan mengingati kembali
memori-memori peribadi yang
sama dengan situasi
watak. Contohnya, jika
seseorang pelakon itu
ingin melakonkan babak
sedih, lakonannya akan
kelihatan lebih berkesan
sekiranya beliau memanggil
kembali memori-memori sedih
peribadinya. Teknik ini
ada disebutkan Sabera
dalam bengkelnya. Oleh
itu, saya berpendapat
bahawa beliau ada
mempraktikkan teknik ini.
Jika tidak, mustahil
beliau dapat melakonkan
watak Connie dengan
begitu berkesan, terutama
sekali semasa watak
gadis itu sedang
ketawa dan bergembira.
Lakonannya benar-benar hidup.
Oleh itu, saya
merumuskan bahawa teknik
lakonan yang dicadangkan
Stanivlaski ada dipraktikkan
Sabera Shaik. Tidak
hairanlah, kerana ramai
pelakon-pelakon terkenal Eropah turut
mengaplikasikan
teknik-teknik ini semasa
berlakon.
*Nota : Ulasan ini ditulis pada tarikh 3 Oktober 2010. Oleh itu, segala justifikasi adalah berdasarkan
perkembangan dalam tarikh itu.
No comments:
Post a Comment