Mek Mulung pada
asalnya berfungsi sebagai
hiburan yang diperlukan
oleh orang-orang kampung
pada waktu malam,
setelah penat bekerja
pada siang harinya.
Persembahan ini biasanya
diadakan sewaktu musim
kenduri, perayaan-perayaan negeri,
pesta, dan ketika
menghadap ‘guru’ tiga
tahun sekali. Selain
itu, Mek Mulung
dipersembahkan untuk berubat,
misalnya untuk memulihkan
pesakit yang mengalami
kerasukan, mencari orang
hilang di hutan
atau untuk bernazar.
Mek Mulung merupakan
sebuah persembahan teater
tradisional yang kaya
dengan aspek kehidupan
Melayu dengan sifat
kolektif yang wujud
dalam setiap aspek
persembahan ini. Untuk
mengekalkan kelangsungan persebahan
ini, satu adat
pemujaan diadakan pada
tiap-tiap kiraan tujuh
piama Melayu tiap-tiap
tahun.
Upacara bermula dengan
Pak Mulung yang
masih di dalam
keadaan siuman (sedarkan
diri) membaca mantera
dan jampi untuk
memuja dan memanggil
dewa-dewa dan datuk
nenek supaya turun
meresapkan diri ke
dalam jiwa tiap-tiap
peserta yang memainkan
peranan penting di
dalam istiadat pemujaan
malam itu. Semangat
dewa-dewa dan datuk
nenek ini disebut
sebagai ‘guru’. Guru-guru
itu dipuja mengikut
urutan dan hierarki
:
1) guru tua
(guru yang paling
asal sekali),
2) guru muda,
3) peran tua,
4) peran Bun
5) peran Kiau
6) Dewa Ketujuh
7) Dewa Kesuma
8) Dewa Kesakti
9) Tok Busu
Rabit
10) Tok
Emek (bidan yang
sakti). Dari Tok
Emek, Mek Mulung
diperturunkan kepada Mek
Jelung.
Pembacaan jampi
dan mantera itu
memakan masa selama
kira-kira tiga puluh
minit. Pelakon-pelakon lain
serta siapa-siapa saja
yang ingin melibatkan
diri di dalam
upacara pemujaan itu
tunduk dan secara
sedar mendengar dengan
khusyuknya kepada mantera
dan jampi yang
diserukan oleh Pak
Mulung itu.
Sebahagian
kecil daripada mantera
dan jampi itu
dibaca :
“Amboi, la
yang tuan nak
oi semangat oi
lagi.”
(diikuti beramai-ramai
menyanyikan lagu itu)
“Amboi, la
tak reti nak
oi tak reti
oi lagi.”
(diikuti beramai-ramai
menyanyikan lagu itu)
“Amboi, la
oi turun tok
oi tok guru
la oi pula.”
(beramai-ramai turut
menyanyikan lagu itu)
“Amboi, la
oi turun tok
oi tok peran
la oi pula.”
(beramai-ramai turut
menyanyikan lagu itu)
Pak
Mulung akan berterus-terusan berbuat
begitu sehingga (tiga
puluh minit kemudiannya)
dia lupakan dirinya.
Dia berlagak seolah-olah
dia berada di
dalam satu dunia
lain. Bersabit dengan
itu, mereka yang
terlibat tadi dengan
serta-merta menjadi tidak
sedarkan diri juga
sama seperti Pak
Mulung.
Semua yang
tidak sedarkan diri
itu akan berlari
keluar dari gelanggang
dengan tempik dan
sorak riuh-rendah bunyinya,
dan akan berlari-lari
ke mana saja yang mereka
boleh pergi. Mereka
mungkin melarikan diri
dan bersembunyi di
dalam hutan rimba,
atau mungkin memanjat
pokok kelapa dan
duduk di celah-celah
ranting dan dahan.
Sesetengahnya pula sampai
boleh meniti di
atas bumbung rumah
gelanggang itu sendiri,
dan ada pula
yang sampai boleh
berjalan di atas
ketujuh-tujuh biji buyung
yang diatur tadi
tanpa tergelincir walau
seinci pun.
Ada pula
di antara yang
tidak sedarkan diri
itu hanya terlompat-lompat dan
meronta-ronta di dalam
gelanggang sahaja sambil
menanggalkan baju masing-masing
(yang tinggal hanya
sehelai kain sahaja)
Keadaan pelakon-pelakon tidak
sedarkan diri itu
akan kekal sehingga
fajar menyinsing esok
harinya. Di waktu
itulah semua yang
tidak sedarkan diri
itu akan pulih
dengan sendirinya dan
kembali semula ke
gelanggang. Sehingga saat
ini, barulah selesai
upacara pemujaan itu.
Orang
ramai bukan sahaja
dapat menonton upacara
pemujaan itu malah
akan mendapat peluang
pula untuk memohon
sesuatu yang dihajati
mereka. Seseorang boleh
memohon apa sahaja
kepada Pak Mulung
semasa beliau masih
lagi dalam keadaan
tidak sedarkan diri
itu (in the state
of trance). Segala
permohonan biasanya diterima
Pak Mulung dengan
senang hati, terutama
dalam hal mengenai
menyembuhkan penyakit, memohon
supaya dimakbulkan sesuatu
hajat, atau memohon
minyak pengasih agar
dirinya dikasihi oleh
perempuan yang dicintainya.
Selepas itu, barulah
persembahan lakon, tarian
dan nyanyian dimulakan
dan disudahi dengan
upacara tutup panggung.
salam saya nak tanya dimana boleh saya peroleh lirik lagu pemujaan dalam mek mulung untuk kajian saya.
ReplyDelete