ULASAN
: TEATER 'THE SANDPIT
: WOMENSIS'
TARIKH : 16,
17, 18 MAC
2012 (15 MAC 2012 – FULL DRESS
REHEARSAL)
MASA : 9.00
MALAM
TEMPAT : STAGE
2, PenangPAC, STRAITS
QUAY, PENANG.
Persembahan teater hasil
nukilan K.S. Maniam
ini telah diarahkan
oleh Chee Sek
Thim (Pocketsize Productions)
dan telah dilakonkan
oleh Anne James
dan Ho Sheau
Fung. Teater ini
berkisar tentang kehidupan
poligami antara dua
orang wanita iaitu
Santha dan Sumathi
dengan suami mereka,
Dass, yang kemudiannya
hilang lantas mencetuskan
kebimbangan dua isterinya.
Secara peribadi, semasa
menonton teater ini;
saya tidak ambil
kisah sangat dengan
jalan cerita atau
plot yang disampaikan
kerana saya pernah
membaca skrip tersebut
beberapa tahun lalu.
Namun apa yang
saya lebih tertarik
adalah bagaimana cara
cerita itu disampaikan
dengan menggunakan sistem
tanda yang pelbagai
dan apakah medium
yang digunakan untuk
menyampaikan makna dengan
cara paling berkesan;
adakah melalui set,
kostum, muzik, props,
atau kekuatan pelakon
itu sendiri?
Setelah mengetahui bahawa
Pocketsize Production adalah
satu produksi yang
kecil, mobil, dan
minimalis; saya memang
sudah menjangkakan penggunaan
set, props, dan
kostum yang minimum.
Namun melalui pengamatan
saya, biarpun set
dan props yang
digunakan amat minimum;
tetapi setiap props
yang dipilih adalah
yang paling tepat
dan membawa simbol
tertentu secara terus.
Misalnya, penggunaan kerusi.
Kerusi yang digunakan
bukan hanya diletakkan
secara fungsional, tetapi
juga mendukung status
watak, gaya hidup,
dan zaman.
Daripada sudut pengcahayaan,
adalah sesuatu yang
menarik juga apabila
melihat pelakon hanya
bermain dalam ruang
mereka sendiri sahaja – dalam
bulatan cahaya. Bulatan
cahaya bagi setiap
watak juga berfungsi
untuk penukaran latar tempat. Dalam
sesetengah adegan, pelakon
bermain di dalam
bulatan dan kadangkala
di luar bulatan
bergantung kepada latar
tempat dalam cerita
atau makna setiap
dialog yang diucapkan.
Secara keseluruhannya, sebagai
penonton dan pemerhati
saya amat berpuas
hati dengan komposisi
persembahan ini sama
ada dari sudut
props, set, pengcahayaan,
dan kostum. Namun
apa yang menjadi
tanda tanya pada
saya adalah penggunaan
muzik dalam drama ini. Muzik
yang digubah memang
kena dengan energi
persembahan dan komposisi
muzik aliran 20th century
tiada masalah bagi
saya. Cuma ada
beberapa adegan, muzik
seolah-olah digunakan hanya
untuk mengejutkan penonton
yang sudah jemu
dengan dialog yang
meleret-leret. Walaupun begitu,
muzik yang digubah
amat tepat dan
dapat menaikkan mood penonton
semasa adegan Sumathi
melepaskan idnya.
*Nota : Ulasan ini ditulis pada tarikh 3 April 2012. Oleh itu, segala justifikasi adalah berdasarkan
perkembangan dalam tarikh itu.
No comments:
Post a Comment