ULASAN : PROGRAM 'EKSPLORASI MAK
YONG JKKN KELANTAN
2012'
TARIKH : 19 – 21
MAC 2012
MASA : 8.30
PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : PANGGUNG
PELENGGANG CAHAYA, UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA
Program
Eksplorasi Mak Yong
: Siri Jelajah
Kijang Mas 2012
oleh Kumpulan Mak
Yong Jabatan Kebudayaan
Dan Kesenian Negara
(JKKN) Kelantan diadakan
bertujuan memberi pendedahan
mengenai tradisi kesenian
Mak Yong kepada
para peserta dari
kalangan pelajar. Tujuan
akhir program ini
adalah mempersembahkan satu
persembahan Mak Yong
di Taman Budaya
Pulau Pinang pada
22 & 23
Mac 2012 yang
dianggotai oleh para
pelajar yang menyertai
bengkel ini.
Saya telah menyertai
bengkel tiga hari
ini dan diajar
asas-asas tarian Mak
Yong seperti tarian
menghadap rebab, berdondang,
dan sebagainya. Mak
Yong merupakan satu
bentuk teater tradisional
yang amat asing
bagi saya dan
program ini merupakan
penyertaan kali pertama
saya dengan teater
tradisional ini.
Melalui pemerhatian saya,
gerakan-gerakan yang dilakukan
dalam persembahan Mak
Yong mempunyai simbol-simbol
tertentu dan pemaknaan
yang berkait rapat
dengan alam. Misalnya,
ada gestura tangan
yang disebut sebagai
‘gajah mandi’, ‘petik
daun’ dan ‘tuang
air’. Gestura-gestura ini
sebenarnya merupakan satu
bentuk tetap dalam
tarian Mak Yong
yang biasanya berkait
rapat dengan kehidupan
seharian masyarakat di
Kelantan atau Pattani
pada masa dulu.
Jika diteliti, gestura
yang ditunjukkan ada
dua makna iaitu
secara fizikal dan
falsafah. Contoh yang
paling baik adalah
gestura ‘petik daun’
yang secara fizikalnya
memang menunjukkan secara
terus gestura tangan
yang sedang memetik
daun; namun secara
falsafahnya gestura tangan
itu dilihat sebagai
membentuk huruf Alif, Lam,
Lam, dan Ha dalam abjad
Jawi yang bermaksud
Allah (nama tuhan
bagi penganut agama
Islam).
Bentuk persembahan Mak
Yong amat meminimumkan
penggunaan prop dan
ruang, namun kostum
yang ditonjolkan terlalu
diperbesarkan dengan penggunaan
warna dan aksesori
yang pelbagai dan
menarik perhatian. Pada
pendapat saya, hal
ini berlaku kerana
memang penyampaian makna
dalam persembahan ini
bergantung penuh kepada
kemampuan pelakon dan
penari yang menyampaikan
makna melalui penandaan
(signifier). Oleh
itu melalui kostum,
tumpuan akan diberikan
sepenuhnya oleh audien
kepada pelakon. Daripada
sudut props, props
yang digunakan bersifat
multi-purpose.
Antara perkara lain
yang saya pelajari
adalah lebih kepada
asas-asas dalam tarian
seperti pengiraan mengikut
rentak dan beat lagu
yang dimainkan. Gerakan
tarian dalam setiap
penukaran babak adalah
tetap dan lagu
yang dimainkan atau
didondang juga berbunyi
lebih kurang sama.
Oleh itu, penonton
yang menonton persembahan
ini dapat menyedari
bahawa berlakunya transisi
babak biarpun mereka
menonton buat kali
pertama. Saya juga
tertarik dengan pecahan
babak secara fragmen
kerana mempunyai ciri-ciri
yang sama seperti
dalam teater epik.
Sebagai rumusan, ada
tiga perkara yang
menarik minat saya
yang ada dalam
persembahan Mak Yong
yang mungkin boleh
digunakan oleh saya
pada masa hadapan.
Tiga perkara tersebut
adalah :
1 . Transisi setiap
babak menggunakan gerakan
dan lagu yang
hampir sama.
2 . Penggunaan props
yang multi-purpose dan tidak
terbatas.
3 . Cara mengurangkan
dan mengangkat sesuatu
medium dalam menyampaikan
makna tanda
agar
dinamik tidak dibayangi
oleh medium lain.
Contohnya, mengurangkan props
dan set
tetapi
mengangkat kostum dan
solekan kerana mahu
mengangkat aksi dan
gerak pelakon.
*Nota : Ulasan ini ditulis pada tarikh 3 April 2012. Oleh itu, segala justifikasi adalah berdasarkan
perkembangan dalam tarikh itu.
No comments:
Post a Comment