Wednesday 14 November 2012

Salam Untuk Pelayar

Assalammualaikum....
Salam Untuk Pelayar...

Kita hidup di dunia ini umpama pelayar, sentiasa belayar mencari ilmu untuk kehidupan. Ilmu dan kehidupan itu adalah suatu benda yang indah. Maka yang indah itu seni. Seni untuk dikongsi bersama.

Saya melahirkan blog ini atas laman maya, tiada lain tujuannya - untuk berkongsi ilmu yang saya perolehi dalam kehidupan ini, khususnya ilmu seni - sesuatu yang paling banyak saya pelajari semenjak umur 5 tahun lagi. Ilmu yang tidak akan mati kerana seni itu hidup.

Dalam ruangan blog ini, saya khususkan untuk berkongsi hal-hal berkenaan dunia teater, skrip, lakonan & pengarahan, komik, story board, dan apa-apa sahaja yang saya perolehi dalam kehidupan ini terutamanya dalam bidang pengajian saya. Mungkin majoriti hasil tulisan dalam blog ini nanti adalah dapatan kajian, nota, atau hasil-hasil bacaan yang saya perolehi sepanjang menuntut ilmu dalam bidang seni. Harap memberi manfaat bersama... kerana saya percaya, blog juga adalah satu sumber ilmu yang boleh digunakan.

Usaha saya ini hanya sedikit, sebagai membalas budi kerana ada waktu-waktunya semasa menjadi seorang pelajar; saya bergantung juga kepada ilmu-ilmu orang berilmu yang menulis blog.

Salam pelayar untuk semua.
Ini Bukan Blog Seni. Ini blog tentang kehidupan...


No comments:

Post a Comment