ULASAN : TEATER
‘MAHKAMAH LORONG’
TARIKH : 27
DAN 28 SEPTEMBER
2011
MASA : 8.30
MALAM
TEMPAT : PANGGUNG
PELENGGANG CAHAYA, UNIVERSITI
SAINS MALAYSIA
PRODUKSI : TRONOH THEATRE
SHOP, UNIVERSITI TEKNOLOGI
PETRONAS
PENGARAH
: ATUL
SKRIP : DR.
SHARK
Pada 27 dan
28 September yang
lalu, saya berpeluang
menyaksikan teater ‘Mahkamah
Lorong’ karya Dr.
Shark yang dibawakan
oleh kumpulan Tronoh
Theatre Shop, Universiti
Teknologi Petronas. Teater
yang berdurasi selama
1 jam 15
minit ini menceritakan
kisah sekumpulan haiwan
yang tinggal di
Lorong Sam Pah
Tong yang terlibat
dalam perbicaraan mahkamah
bagi kes pembunuhan
seekor kucing Parsi.
Tema teater ini sebenarnya mendedahkan
kelemahan sistem penghakiman
di Malaysia yang
senantiasa dibelenggu kemelut
politik. Namun begitu,
saya lebih tertarik
untuk mengulas mengenai
plot drama ‘Mahkamah
Lorong’ ini.
Teater ini merupakan
drama sebabak. Adegan
bermula apabila seekor
Kucing Parsi dibelai
oleh Haiwan X
yang tidak dikenali
identitinya. Kemudian, Kucing
Parsi telah mengugut
Haiwan X bahawa
dia akan mendedahkan
perlakuan curang Haiwan
X kepada masyarakat
umum sekiranya Haiwan
X tidak mahu
memperisterikannya. Haiwan X
yang tidak berdialog
dan membelakangkan audien
akhirnya memberi isyarat
setuju untuk memperisterikan Kucing
Parsi.
Plot bergerak dengan
adegan di Lorong
Sam Pah Tong
yang menemukan watak
Ibu Ayam, Tok
Kambing, Kucing Kurap,
dan Gagak. Isu-isu
semasa dibincangkan mengenai
topik halal – haram dalam
agama, pembangunan negara,
gejala sosial, dan
sebagainya. Namun begitu,
isu-isu yang diutarakan
dalam adegan ini
hanya merupakan subtopik
kepada keseluruhan tema
yang dibawa. Adegan
ini juga berfungsi
untuk mengenalkan watak-watak
yang terlibat kepada
audien.
Dalam plot
seterusnya, Gagak dan
Kucing Kurap mencari
makan di lorong
tersebut. Mereka kemudiannya
bertemu dengan Kucing
Parsi yang berada
di tingkat atas
bangunan yang terletak
di Lorong Sam
Pah Tong. Gagak
dan Kucing Kurap
masing-masing cuba mengurat
Kucing Parsi namun
tidak diendahkan dengan
alasan bahawa Gagak
dan Kucing Kurap
tidak setaraf dengan
dirinya. Kucing Parsi
merupakan perempuan simpanan
Haiwan X yang
sering diulit kemewahan.
Gagak dan Kucing
Kurap akhirnya beredar
setelah Kucing Parsi
memanggil polis. Semasa
sedang berkhayal di
tepi tingkap, Kucing
Parsi terlepas akan
rantai berlian yang
diberi Haiwan X
kepadanya. Akhirnya Kucing
Parsi dibunuh oleh
Haiwan X semasa
sedang leka mencari
rantai tersebut di
Lorong Sam Pah
Tong.
Adegan seterusnya memaparkan
kegemparan penemuan bangkai
Kucing Parsi. Tidak
lama kemudian, Anjing
Pengesan datang dan menangkap Gagak
kerana disyaki membunuh
Kucing Parsi. Ini
berikutan rentetan penemuan
bulu burung gagak
di sekitar mayat
Kucing Parsi, ugutan
Gagak terhadap Kucing
Parsi setelah dimalukan,
dan keadaan bangkai
Kucing Parsi yang
terburai isi perutnya
seolah-olah dicarik burung
gagak. Gagak ditangkap
tanpa bukti yang
kukuh dan tidak
mendapat hak membela
diri kerana pelaksanaan
‘protokol’.
Adegan akhir memaparkan
perbicaraan Gagak di
mahkamah lorong. Gagak
dilarang membuka mulut
sepanjang perbicaraan dan
kepalanya ditutup dengan
kain hitam. Perbicaraan
yang dihakimi oleh
Hakim Kanggaru ternyata
berat sebelah kerana
beliau mempunyai kepentingan-kepentingan tersendiri.
Hakim Kanggaru juga
merasuah saksi-saksi lain
seperti Ibu Ayam,
Kucing Kurap, Anjing
Pengesan dan pakar
DNA daripada Thailand;
Doktor Lembu. Semasa
kesemua haiwan sedang
bergembira kerana Gagak
didapati ‘bersalah’ kerana
membunuh Kucing Parsi,
mereka semua telah
ditembak; termasuklah Gagak.
Adegan peleraian pula
menjelaskan bahawa kesemua
haiwan itu mati
di tangan Ibu
Ayam yang berkomplot
dengan Haiwan X yang mahu
menghapuskan kesemua bukti.
Akhirnya, Ibu Ayam
juga mati ditembak
Haiwan X.
Pada pendapat
saya, plot teater
ini dibentuk bermodalkan
kes-kes panas di mahkamah yang
melibatkan ahli-ahli politik
dalam negara yang
terjadi di alam
realiti. Naskhah ini
umpama dibentuk dari
cebisan-cebisan
cerita-cerita menarik dan
serius tetapi dilupakan
masyarakat. Kesemua kes
mahkamah yang berprofil
tinggi diselitkan dalam
teater ini daripada
kes pembunuhan model dari Mongolia - Altantuya Sharibuu,
kes liwat Anwar
Ibrahim, sehinggalah kepada
kes inkues siasatan
di-Raja kematian Teoh
Beng Hock. Hal-hal
ini jelas disebut
dalam beberapa dialognya
yang berbaur sinis
tetapi tepat. Bijaknya
penulis skrip ini
memadam perkaitan itu
adalah dengan menukar
watak-watak manusia di
dunia sebenar menjadi
haiwan.
Aliran plot
yang disusun dalam
teater ini mengandungi
elemen-elemen yang perlu
ada dalam sesebuah
struktur seperti imbangan,
konflik, krisis, dan
katastrofi. Namun begitu,
elemen-elemen ini tidak
dapat ditunjukkan dengan
jelas kerana watak
protagonisnya tidak begitu
menonjol kerana sehingga
kini saya juga
masih kurang pasti
sama ada Gagak
yang dianiaya itulah
protagonis ataupun teater
ini memang tiada
protagonis. Begitu juga
dengan watak antagonisnya,
Haiwan X yang
langsung tidak berdialog
hanya muncul sebagai
persoalan kepada penonton.
Kelemahan daripada
sudut penceritaan terjadi
pada proses peleraian
kerana ia tidak
cukup kemas dan
gagal merumuskan apakah
agenda Haiwan X.
Namun begitu, mungkin
persoalan yang timbul
ini bertepatan dengan
tujuan skrip ini
ditulis – untuk audien berfikir.
Walaubagaimanapun, skrip teater
‘Mahkamah Lorong’ masih
boleh dianggap sebagai
sebuah naskhah pementasan
yang baik dan
praktikal dengan susunan
plot yang teratur.
*Nota : Ulasan ini ditulis pada tarikh 3 Oktober 2011. Oleh itu, segala justifikasi adalah berdasarkan
perkembangan dalam tarikh itu.
No comments:
Post a Comment