Monday, 8 September 2014

Ulasan Lawak Tomato - On de' Spot.











Hello... Hai. Assalammualaikum.


Dah lama rasanya aku tak menulis di ruangan ini. Al-maklumlah, aktiviti menulis blog ni hanya sampingan bagi aku... dan follower pun ada 2 orang je (haha). So, agak tak berapa rajin nak update ulasan-ulasan teater yang aku tonton sepanjang tahun ni. Tak kisahlah sama ada yang aku terlibat sama atau bertindak sebagai audien sahaja. Tapi biasanya pementasan yang aku terlibat sama tak pernah aku ulas - nanti bias. Tapi hari ni aku nak ulas sedikit pasal show malam tadi aku tonton iaitu ‘Lawak Tomato  - On de' Spot‘.

Show Lawak Tomato - On de Spot ni merupakan show komedi kali kedua yang diadakan di Tomato Performing Arts Academy. Sebelum ni, iaitu minggu lalu kalau aku tak silap; julung-julung kalinya TPAA menampilkan show Stand-up comedy berbahasa Melayu pertama di Pulau Pinang. Sambutan memang menggalakkan! Penuh ruang audien!

Kali ini,buat persembahan kedua... mereka bawakan kelainan. Jika show stand-up komedi mereka menampilkan Stand-up Comedy;tapi Lawak On de' Spot pula mereka memainkan elemen lawak spontan di pentas. 100% spontan! Tanpa rehearsal. Jadi, kat sini kita fahamlah yang TPAA guna 2 kod nama dalam show komedi mereka : Stand-up Comedy & Lawak On de' Spot. Aku mula-mula keliru hal ini sebab aku sangka yang show kali ini stand-up comedy siri 2. Sebab hal ni tak diwar-warkan dalam poster promosi. Aku sedar ruang promosi mereka amat singkat - lima hari saja. Tapi itu takpe, bayangkanlah... buat promosi 5 hari saja dah d
apat kumpulkan puluhan audien.

Ok... Show ni terbahagi kepada beberapa segmen. Dan setiap segmen aktiviti lawaknya berbeza. Boleh dikatakan show ni menerapkan elemen komedi + teater + permainan + partipasi penonton. Ini bagi aku sesuatu yang segar di sini - di Penang. Aku sendiri gemar dengan show-show yang melibatkan penyertaan audien. Boleh kata show ni mac gameshow!Apa yang korang dapat bila menonton gameshow, korang akan dapat dalam show ni. Apa yang bezanya korang akan dapat lebih gelak,tanpa editing sebab ia live, dan paling penting dapat lebih nilai dari harga tiket yang dibayar! Secara jujurnya, RM10 kalau nak dibandingkan dengan tawa tanpa henti selama 1jam 30minit sangat berbaloi.

Show ni dikendalikan oleh Abu Mamu dan para pesertanya ialah Ajo Mamu,Shazli Ekzos (dulunya dikenali sbg Shazli Cuit), dan Azhar Riki. Ya, mereka semuanya adalah graduan dari program Rajalawak Astro, juga adalah comedian yang popular di Penang ni.



Segmen 1 mereka ditugaskan menjual barang kepada audien. Lawaknya, terletak pada cara mereka jual barang tersebut. Tambah pula barang yang dijual itu harus bukan pada fungsinya. Macam Azhar Riki, dia kena yang 1st. Jual ukelele yang dikatakannya sebagai vakum. Berdekah jugalah audien. Di segmen 1 ni betul-betul cabar kebolehan spontan individu. Berpeluh jugalah diorang walaupun ini baru warm-up.

Pada segmen kedua pula,penonton diminta memilih watak-watak untuk dilakonkan pelawak-pelawak ni tadi. Kemudian mereka diminta untuk melakonkan situasi. Yang pertama, kisah 3 pondan nak berlatih menari untuk dinner show. Ajo jadi pondan India,Shazli jadi pondan tua, Azhar jadi pondan sengau. Komedi ni... kalau korang tak gelak, memang korang ada masalah serius. Situasi kedua pula Apek Imegresen - Shazli nak tangkap Bangla-Ajo dengan Indonesia-Azhar. Inipun kelakar. Lagu Cindai Siti Nurhaliza jadi Lagu Negaraku. Ada 2-3 segmen lain lagi yang memerlukan penyertaan penonton. Memang menarik. Punchline memang berterabur dan banyak!Sesuai dengan temanya persembahan komedi. 

Apa yang buat lagi gamat, ada elemen denda pada comedian yang lawaknya hambar atau ser kata orang pening. Antara dendanya,kena simbah air,kena tembak dengan peluru getah,kena minum air istimewa ciptaan chef La Porpo dan macam2 lagi lah. Acara 
penutup, Azhar Riki kalah masa game dengan audien dan dikenakan Ice Bucket Challenge. Kena mandi air batu!

Overall, show ni memang terbaik. Gamat! Kena datang sendiri tonton sebab khabarnya akan diadakan sebulan dua kali. Satu episod dengan tema lain-lain. Macam semalam diorang bertema baju melayu nak pergi Hungry Ghost Festival. Mana tau minggu lepas ni diorang bawa tema koboi ke,sailor moon ke, drama pejabat samarinda ke, rambo ke,atau tema bogel Batu Feringhi ke... mana kita tahu kan? So, kenalah datang.

P/S kepada penerbit : Watak2 sampingan macam Chef La Porpo tu kena bagi satu slot selingan sementara pelawak2 utama ambik rehat ‘take 5‘... termengah-mengah tengok nak kekalkan energi 1 jam setengah tu.

Apapun,all the best untuk Lawak Tomato - On de' Spot siri 2. Yang tak datang tu...Kena datang tengok kali ni. 
Rating : 4 Tomato daripada 5.