Friday, 19 December 2014

Ulasan Teater Super PTUI! & Transit Kaler Magenta.




TAJUK : SUPER PTUI! & TRANSIT KALER MAGENTA
PRODUKSI : RUMAH ANAK TEATER (RAT)
TARIKH PEMENTASAN : 12 & 14 DISEMBER 2014 (8.30 P.M)
                                               13 DISEMBER 2014 (3.00 P.M)
TEMPAT : PANGGUNG PELENGGANG CAHAYA, USM, P.PINANG.
TIKET : RM 30 & RM 15 (PELAJAR & O.K.U)
PENGARAH : WAN AZLI WAN JUSOH
SKRIP : WAN AZLI WAN JUSOH
PELAKON : BOTAK ALHAKEEM, FANDI CHE HISHAM, ROS, AYIE.




PARAMETER :

Tarikh 12 - 14 Disember tu tarikh gila bagi aku. Sebenarnya the whole week until weekend aku agak sibuk; 
1. Urusan kerja tetap sebagai FOH.
2. Terlibat sebagai propman dan krew untuk pementasan Teater Mamak Jegey 2 : Superstar.
3. Urusan-urusan sampingan yang melibatkan kerja-kerja kreatif produksi akan datang.
4. Masalah peribadi yang melibatkan hati dan perasaan.
5. Jenayah semakin berleluasa, amat mendukacitakan aku yang secara rahsianya juga adalah seorang      superhero.

Untuk tarikh 12 hingga 14 Disember tu, sebenarnya ada tiga pementasan teater yang berlansung sekitar Penang :
1. Hamlet di PenangPAC
2. Mamak Jegey 2 : Superstar di Auditorium Dewan Budaya, USM
3. Super PTUI! & Transit Kaler Magenta di Panggung Pelenggam Cahaya, USM.

Atas kesibukan hidup, aku terpaksa menolak keinginan untuk hadir menonton Hamlet dan juga Japanese Movie Screening and Musicology Lecture yang berlansung di tempat kerja aku yang secara awesome nya berlaku pada weekend tu. 'Hidup ni memang penuh dengan kebetulan yang tak diduga!' - cantumkan kedua tapak tangan sambil mendongak ke langit waktu baca frasa ini.

Jadi selepas je habis produksi Mamak Jegey 2 pada 13 Disember tu; aku merancang untuk menonton teater SP&TKM ni kat P. Pelenggam Cahaya pada 14 Disember bersama seekor makhluk halus.
Secara niatnya, aku hadir ke pementasan ini hanya untuk menonton; dan bukan membaca persembahan. Aku hadir sebagai seorang layman atau penonton yang biasa datang tonton teater dan bukan sebagai orang yang buat atau terlibat dalam teater. Arakian untuk ulasan ni, aku akan mengulas apa yang aku dapat dari apa yang aku tonton pada hari kejadian sebagai orang yang hanya datang menonton - dengan cuba menafikan segala macam teori teater yang aku pelajari.


PLOT & KOMPOSISI PENTAS:

"Komplikasi yang harus ditanggung oleh tiga beradik yang dibentukkan berbeza oleh suatu sistem yang dalam cerita ini disebut sebagai Bapak. Helium Si Gas Nadir, Maseh Dara., dan Ptuih! telah terdidik sewajarnya sebagaimana kemahuan sistem tersebut.

Berlatarkan sebuah stesen transit pada suatu awal pagi, bila mana Ptuih! yang teracu sebagai berbentuk berontakan, telah melawan Bapak – lagi, sebagaimana sifatnya. Kali ini dia diusir dari rumah. Helium, sang abang yang tinggi pengetahuan tetapi sedikit autisme mengekori, bertujuan memujuk adiknya itu supaya terus bersama keluarga, atau barangkali secara peribadi dia punya keinginan lain.

Kemudian muncul Maseh Dara., kakak yang taat setia kepada Bapak untuk membawa Helium pulang atas arahan Bapak. Pertengkaran terjadi, maka terlantunlah di situ segala keperihalan mereka – yang akan kita fahami sebagai perihal suatu sistem yang dengan jayanya telah meliputi segenap ruang kehidupan mereka.

Dibungkus dengan simbolisme, teks ini cuba memberitahu bahawa mereka adalah mangsa. Superptui! & Transit Kaler Magenta adalah sebuah konsekuensi. "




Itulah sinopsis yang aku dapat daripada FB page event show ni. Faham? Tak Faham?

Sebenarnya, sinopsis di atas tepat dengan plot cerita yang terjadi. Ceritanya mudah difahami. Mudah dihadam. Bagi seorang layman macam aku. Cerita pasal satu keluarga yang berantakan dengan seorang anak nak lari dari rumah setelah menentang bapanya. Tapi kemudian eh, eh, datang pula abang dia dengan kakak dia nak halang adik dia lari rumah. Last-last adik dia lari juga. Adik bagi abang dia yang autisme pistol suruh tembak bapak dia. Last-last abang dia bunuh diri pasal tak tahu nak ambik keputusan yang tepat. Well, itu kalau kau seorang layman! Mungkin itu je lah yang kau akan dapat atau faham!

Cuba tengok perenggan terakhir sinopsis tu ada ayat apa (?) : "Dibungkus dengan simbolisme,...". Dia dah bagitahu terang-terangan! Maksud dia kat sini, plot yang dilakonkan hanyalah satu simbolisme ke atas sesuatu realiti yang lain. Menyampaikan realiti melalui realiti yang lain. Dan cara setiap audien baca persembahan ni lain-lain mengikut kapasiti pengetahuan, ilmu, kesedaran semasa, serta keterbolehan menterjemah signifier melalui simbol-simbol yang diberi sepanjang pementasan.

Well, oleh kerana aku memilih untuk menulis ulasan ini sebagai layman; aku takkan reveal hidden truth atau mesej tersembunyi yang aku dapat daripada pementasan ini - dari kaca mata aku yang satu lagi, yang kononnya mempunyai ilmu membaca pementasan tahap 3 (Eye of Hidden Symbol in Signifier); ilmu yang aku dapat semasa bertapa di atas kandang gajah Royal London Circus bersama Shawn Micheal suatu purnama dulu. (Boo! Siapa percaya dia suka Booker-T!)

Tapi apa yang aku boleh rumuskan, ya; plotnya bercakap fasal sistem. Suatu sistem yang dibentuk dan membentukkan. (Info ini juga ada diberitahu dalam sinopsis, bermakna sinopsis itu jujur dan membantu sesetengah orang yang blur masa tengok show ni sambil terdetik dalam hati "Jadah! Citer apa lah ni?"). 

Biasa. Bila bercakap naskhah simbolisme, biasanya idea yang dikahfikan itu biasanya idea yang besar-besar belaka. Yang mungkin kalau salah cakap atau salah cara penyampaiannya bisa mencetuskan kontroversi. Simbolisme juga biasanya digunapakai untuk teater-teater yang bernada kritis dan menegur... disampaikan dengan cara yang paling lembut dan 'rasa tak bersalah'. Inilah pada aku, letaknya seni karya-karya yang bersifat simbolisme. Disamping sifatnya yang mencabar penonton agar tidak menjadi malas untuk membaca (baca persembahan, dan juga baca buku literally kalau ada terdetik mengenai isu-isu yang disampaikan).

Dan tugas hakiki membaca itu takkan berhenti selagi persoalan dalam persembahan itu masih terngiang-ngiang dalam kepala otak kau setelah menonton. Aku juga masih membedah simbol-simbol dalam teater ni - nasib baik aku ada beli senaskhah skripnya untuk kajian lanjut.

Setelah empat hari menonton, persoalan-persoalan ini masih belum terjawab.

1. Bercakap pasal sistem. Sistem apa? - Tak berapa nak spesifik.
2. Kenapa Magenta? Bukan Yellow atau Cyan?
3. Kenapa bagi persoalan tanpa bagi cadangan penyelesaian di akhir plot?

Jawapan-jawapan persoalan ni akan datang juga kalau kau tak berhenti berfikir apa 'kebenaran mutlak' yang cuba disampaikan penulis dan pengarah. 

Aku teringat satu  kisah selepas menonton pementasan The Sandpit : Womensis pada 2012. Ada suatu persoalan yang bermain dalam kepala otak aku berkenaan satu gubahan sinografi dalam pementasan tu. Lepas tonton show tu, aku tak habis-habis berfikir; apa yang pengarah cuba nak sampaikan melalui komposisi pentas dan cahaya. Sampailah baru-baru ni pada Oktober lepas, aku belek-belek balik flyers dan tiket. Baca balik ulasan-ulasan orang lain pasal pementasan tu. Dan tak lama kemudian berkenalan dengan pengarah pementasan tu... At last, baru aku dapat sendiri apa yang cuba dimaksudkan oleh pengarah dengan gubahan set pentas tu. Bila aku tanya balik pengarah tu; dia cakap; "Ya, betullah tu." Dekat situ baru aku sedar yang aku ambil masa 2 tahun nak faham sinografi pementasan tu. Tapi ya, at the end aku dapat satu katarsis dan ilmu yang baru daripada sudut sinografi. Berbanding sesetengah penonton yang tak mahu memahami atau mengendahkan saja hal-hal kecil macam tu.

Nota : 
Tapi kalau ada satu komposisi yang kau cuba faham, kaji, dan bedah sehabis mungkin tapi tak jumpa-jumpa juga apa yang pengarah cuba sampaikan; ada dua kemungkinan je: 

1. Ilmu kau dalam hal yang dikaji tu tak cukup tinggi. Baik bincang dengan orang lain atau tanya direct pada pengarah. 

2. Pengarah tu sendiri yang sesuka hati taram buat komposisi tu tanpa apa-apa research dan semata-mata untuk nampak cantik atau 'bijak'. Kes ni selalu senang dikesan bila komposisi dah dizahirkan, tapi baru nak justifikasi bagi sebab atas hasil kerja sendiri. Tak masuk akal pasal terbalik proses tu - buat ikut perasaan tanpa research, lepas tu bagi sebab sendiri - orang lain punya pembacaan : Salah! Dekat Congo, diistilahkan sebagai syok sendiri.

Secara peribadi aku suka plot yang berlapis-lapis macam pementasan ni. Boleh kata, skrip atau plot yang bersifat tidak terus dan bermain dengan simbol-simbol menjadi pilihan aku. Aku suka naskhah nukilan Wan Azli Wan Jusoh ni. Kalau tidak, takdelah aku beli buku skripnya yang beharga RM15.00 terbitan Merpati Jingga (promosi sikit. He he).

Fasal komposisi pentas pula, minimalis. Diadun dengan cukup-cukup rasa tapi tak mengganggu selera. Tak terbit ketidakpuasan hati bagi penonton biasa macam aku. Hanya ada satu bangku dan skrin papan iklan digital. Wujud secara fungsional dalam pementasan. Sebahagian daripada set. Komen aku : Cun! Imej-imej yang dipapar pada papan iklan bukan suka-suka tau, sebab kalau kau ralit tengok papan iklan tu kau akan dapati imej kolaj yang dipaparkan semuanya adalah subteks dan selari dengan apa yang didialogkan oleh pelakon pada adegan itu. (Btw, subteks konon! Kata nak cakap macam layman saja).

Sebenarnya sepanjang pementasan ini, bermula daripada posternya lagi; membawa kepada house music, kostum, imej kolaj pada skrin... semuanya(!) ada benang yang berkait. Kesatuan dalam segalanya! Ini menunjukkan yang pengarah ada konsep direktorial dan konsep visual yang jelas. Visi pengarah (yang juga penulis) terzahir secara baik dan bijak. Tak memaksa penonton untuk perasan apa yang cuba disampaikan, tapi jelas kelihatan pada penonton yang memahami.'Benang' dalam komposisi keseluruhan. Hanya pengarah matang saja yang berupaya menzahirkan semua ni. Wan Azli Wan Jusoh, salah seorang pengarah matang itu.


LAKONAN :

Helium Si Gas Nadir - Abang sulung yang autisme. Bijak ilmu, naif duniawi.
Maseh Dara - Kakak yang dah tak dara sebenarnya. Haha!
PTUI! - Adik bongsu yang memberontak. Berani kerana benar.

Aku tak nak mengulas panjang mengenai watak dan perwatakan dalam cerita ini. Tapi kalau kau lihat, nama-nama yang diberikan kepada mereka saja dah mencerminkan 'sesuatu'. Yang 'sesuatu' itulah pandai-pandai sendiri kena tafsir. But basically, watak-watak ni ada idea mengenai Stockholm Syndrome dan juga 'Daddy Issues'. Nak tahu lebih, sila google lah. Jangan malas. :p

Secara teknikalnya, lakonan mereka baik. Suara, gestura, pola lantai... semua O.K. Cuma permainan mimik muka saja yang kurang. Entahlah, mungkin pengarah memilih untuk mengurangkan permainan mimik muka pelakon. Kurang yang macamana? Kurang yang aku maksudkan dekat sini ialah mimik muka yang mesra kamera dan sesuai kalau kau berlakon untuk skrin. Bagi lakonan teater, macam kurang sikit. Tapi tak tahulah kalau hal yang mimik muka ni pun ikut konsep juga : Minimalis!

Overall, mereka dah gunakan suara mereka dengan baik dalam menyampaikan dialog yang setiap suku-kata-nya sangat penting dalam drama semacam ini. Diorang sebut se-pa-tah - se-pa-tah. Pada aku sebagai layman, O.K saja. Tapi kalau kena dekat pelakon teater lain yang datang tonton; nanti diorang akan cakap dalam hati; "Senada".


KESELURUHAN :

Secara keseluruhan, pementasan ni bagi aku baik. Bukanlah sangat baik. Tetapi berjaya. Yang tak berjayanya ialah kalau diukur dari jumlah penonton yang hadir. Aku tak pasti berapa orang yang datang tonton pada hari pertama & kedua pementasan. Tapi pada hari terakhir, yang datang tonton hanya lebih kurang 15 orang. Entahlah di mana silapnya. Hal ini, penganjur dan penerbit kena kaji balik dan ambil iktibar. Kalau tak, sayang saja datang dari jauh (K.L), persembahan pun best; tapi penontonnya tak ramai. Sedih tahu (?).

Sebagai orang biasa yang tak tahu apa-apa pasal teater, aku ratingkan teater ni 4.7 bintang daripada 5 bintang dengan pesanan : Siapa tak datang tonton hari tu memang rugi! Huh!