Pada hujung bulan Mei ini, sekumpulan
pelajar dan juga alumni seni persembahan dari Bahagian Drama & Teater
Universiti Sains Malaysia (USM) akan mempersembah satu teater bertajuk
Rashomon, karya Akira Kurasawa yang diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Mohamad
Nur Afiq bin Bejo. Kumpulan ini diketuai oleh Noor Rizuwan Zolkepli, yang cuba
mengetengahkan persoalan bagaimana sesuatu kebenaran itu boleh diputarbelit
dari pelbagai sudut mengikut perspektif yang berbeza – subjek yang menjadi
teras dalam skrip Rashomon itu sendiri.
Rashomon asalnya merupakan naskhah
filem yang pernah memenangi anugerah pada tahun 1950. Ia adalah hasil karya
Akira Kurasawa dan Kazuo Miyagawa.
Kisah dalam Rashomon mengambil latar
di bawah Gerbang Rashomon yang runtuh di Kyoto, Jepun pada abad ke – 12. Seorang
sami dan pemotong kayu api berteduh daripada hujan setelah pulang dari
perbicaraan suatu kes pembunuhan. Orang awam yang tiba-tiba turut serta
berteduh ingin tahu tentang cerita pembunuhan tersebut.
Penceritaan pun bermula tentang kes
antara Samurai, isterinya, dan Tajomaru yang terjadi di dalam hutan. Tajomaru
Si Penyangak dikatakan merogol isteri Samurai sebelum membunuh suaminya. Cerita
pertama dari Tajomaru di mahkhamah diragui dan kemudiannya satu-persatu versi
cerita berbeza tentang kes yang sama diperdengar. Ketiga-tiga cerita dari
Tajomaru, isteri kepada Samurai, dan Samurai yang telah mati (disampaikan
melalui Pawang sebagai perantara) mempunyai motif dan kepentingan tersendiri.
Akhirnya, kebenaran tentang kes yang membingungkan ini terlerai di akhir cerita
apabila Si Pemotong Kayu Api mendedahkan hal sebenar yang mengejutkan.
Tetapi, adakah itu hal yang sebenarnya? Apakah justifikasi
kebenaran? Siapakah yang harus dipercayai?
Persembahan teater ini akan berlansung pada 27, 28 &
29 Mei 2016, 8.30 malam di Sinkeh, beralamat di 105 Lebuh Melayu, George Town,
Pulau Pinang.
Ia adalah sebahagian daripada Program ‘Initiate, Develop,
Perform’, sebuah inisiatif dari REKA ART SPACE bagi mewujudkan platform untuk para
artis muda mengambil peranan sendiri dalam menjayakan sebuah persembahan
cetusan ilham mereka sendiri.
REKA ART SPACE ditubuhkan pada 2002 di Petaling Jaya
sebagai sebuah studio dan galeri seni yang menyokong penuh kegiatan artis-artis
muda dan artis yang baru bermula dengan kegiatan seni. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan penyertaan individu
dalam seni visual dengan mewujudkan satu ruang yang inklusif dan menyokong
perbezaan aliran. Bengkel , kelas seni dan pameran adalah tulang belakang bagi studio
, manakala galeri menghos pameran solo atau berkumpulan untuk artis-artis muda
, yang mana ramai daripada mereka kini telah berjaya menempa nama dalam bidang
seni visual.
Kini, Reka Art
Space berpengkalan di George Town dan menguruskan Pocketsize Productions –
sebuah kumpulan teater di Pulau Pinang, dan juga Sinkeh – sebuah rumah tetamu 9
bilik yang juga mempunyai ruang seni dan studio. Ia tetap meneruskan visinya
untuk menjadi sebuah makmal bagi kerja-kerja baru dan ruang dalam pendidikan
seni. Melalui bengkel-bengkel, serta persembahan dan ceramah, Reka Art Space
berhasrat menjadi antara pemangkin kelestarian budaya dan seni dalam komuniti
di George Town.
Marilah
sama-sama menyokong produksi tempatan ini. Harga tiket bagi persembahan ini
ialah RM 25 dengan harga diskaun RM 15 kepada pelajar. Terhad hanya kepada 35
tempat duduk bagi setiap sesi persembahan. Untuk tempahan, hubungi 04-2613966
atau emel ke sheaufung@sinkeh.com
In May 2016, Noor Rizuwan, following his fascination with the distortions of reality prevalent in urban legends, will lead a group of USM School of Performing Arts graduates in a performance of Akira Kurosawa’s, Rashomon in Bahasa Melayu, directed and translated by Mohamad Nur Afiq bin Bejo.
Rashomon is a 1950 award-winning Japanese film directed by Akira Kurosawa, working in close collaboration with cinematographer Kazuo Miyagawa.
The story of Rashomon set in the 12th century ruined Rashomon Gate in Kyoto, Japan. A priest and a woodcutter sheltered from the rain after returning from a murder trial. Their conversations about the trial had drawn attentions from people who were coincidentally sheltered there.
The story is about a murder case happened in the forest that involved a Samurai, his wife and a bandit, Tajomaru. Tajomaru claimed that he raped the wife of the Samurai before killing her husband. The story of Tajomaru in the trial was discredited, then one by one, different versions of the story about the murder were heard. All three stories by Tajomaru, the wife of the Samurai, and Samurai that was killed (delivered via a medium) has its own motives and interests. The truth about this enigmatic murder was resolved at the end of the story when a woodcutter revealed his version as the witness.
Nevertheless, is his version the real story? What is the justification? And who should you believe?
This performance will take place on 27, 28 & 29 May 2016, 8:30PM at Sinkeh, a guesthouse with an arts space located at 105 Lebuh Melayu, George Town, Penang.
It is part of Initiate, Develop, Perform, an initiative by REKA ART SPACE that provides a platform for young artists to take leading roles in developing performances of their own.
REKA ART SPACE was established in 2002 in Petaling Jaya as a studio and art gallery that supported emerging artists and artists working at the periphery. Its aim was to expand the arena of participation in the visual arts by creating a space that was inclusive and supportive of difference. Workshops, art-classes and exhibitions were the mainstay of the studio, while the gallery hosted group and solo exhibition for young artists, many of whom have moved on to establish successful careers in the visual arts.
Today, Reka Art Space is based in George Town. It manages Pocketsize Productions – a Penang-based theatre company, and Sinkeh – a 9-room guesthouse with a space for the arts. It continues with its vision of being a laboratory for new works and a space for art education. Through its workshops, performances and talks, Reka Art Space aims to carve a role for itself as a significant and dynamic player in the George Town arts community.
Please do come and support this local production. Ticket prices are RM25 with discounts available for students at RM15. It is only limited to 35 pax per show. To secure your seat, please contact 04-261 3966 or drop an email to sheaufung@sinkeh.com.