Salah satu proses yang harus dilalui oleh seseorang pengarah sebuah pementasan teater adalah proses pemilihan pelakon. Proses ini seringkali juga disebut sebagai 'casting'. Proses ini dilakukan dalam pelbagai cara, bentuk, pengisian, dan aktiviti. Ia bergantung kepada individu yang mengendalikan proses pemilihan pelakon ini. Bagi sebuah produksi teater yang besar atau 'theatre company' misalnya; mereka lazimnya melantik 'Casting Manager' atau 'Talent Manager' bagi pihak mereka untuk menjalankan proses ini dari awal hingga akhir. Namun begitu, keputusan akhir terhadap pelakon yang dipilih biasanya akan berbalik jua kepada pihak penerbit dan pengarah setelah penilaian dibuat terhadap faktor-faktor lain melibatkan pementasan yang akan dijalankan.
Ada dua sistem utama yang dijalankan dalam proses 'casting' iaitu 'the star system' dan juga 'the type-casting'. Singkatan yang biasa digunakan adalah 'Star-cast' dan 'Type-cast'.
'The star system' merujuk kepada sistem pemilihan pelakon yang berpandukan kepada nama, persona, dan pasaran terhadap pelakon yang dipilih. Maksudnya di sini, 'star-cast' adalah sistem pemilihan pelakon yang hanya mengambilkira tahap keterbolehan jual seseorang pelakon itu di pasaran. Pendek kata, asal pelakon yang datang proses 'casting' itu boleh 'dijual', maka dialah yang akan dipilih. Ada sesetengah pelakon tidak perlu datang proses 'casting' pun; dia sudah akan dipilih oleh penerbit kerana diyakini boleh menaikkan jualan tiket persembahan. Pemilihan cara inilah yang disebut sebagai 'star-cast'.
'Star-cast' jika tidak keterlaluan, saya labelkan sebagai satu sistem yang ada asas kapitalisme berbanding nilai artistik. Ia hanya berpaksi kepada soal penerimaan audien terhadap seseorang pelakon itu sahaja. Apa yang orang suka, itulah yang kita jual. Sehinggakan kadangkala pelakon yang dipilih itu langsung tidak sesuai atau tidak mampu melakonkan karakter dengan baik. Dalam industri teater di Malaysia misalnya, sebagai contoh; ada sebuah produksi teater muzikal mensasarkan kutipan jualan tiket yang tinggi. Salah satu cara bagi mencapai sasaran itu adalah dengan memberikan peranan utama dalam teater muzikal itu kepada seseorang pelakon yang sudah ada nama dan dikenali atas tujuan menarik minat audien datang menyaksikan teater tersebut. Biasanya yang terjadi, mereka akan memilih pelakon filem atau televisyen berbanding pelakon teater sendiri.
Pemilihan ini dibuat berdasarkan persona, nama, dan tarikan yang dibawa pelakon itu walaupun dia bukanlah pelakon yang arif dengan pentas teater dan lakonannya akan kelihatan kaku. Itulah yang dipanggil 'star-cast'. Nilai 'rating' yang dibawa pelakon itu lebih tinggi daripada bakatnya. Walaupun adakalanya pelakon 'star' yang dipilih itu memang berbakat, tetapi 'star-cast' ini lebih merujuk kepada perspektif individu yang memilih; yang mendahulukan nilai 'rating' berbanding bakat pelakon tersebut. Nilai 'rating' yang mempengaruhi pemilihan pelakon ini bukan sahaja dilihat atas persembahannya di atas pentas sahaja; malahan turut dipengaruhi cerita-cerita di luar pentas dan dalam kehidupan sebenar. Gosip, kehidupan peribadi, pengaruh di luar persembahan... semua ini mempengaruhi pemilihan secara 'star-cast' kerana secara tidak langsung ia akan memberi publisiti terhadap pementasan yang melibatkan pelakon tersebut. Namun harus diingat, publisiti ini juga ada dua kesan; iaitu positif dan negatif.
Selain itu, pemilihan 'star-cast' ini juga melihat kepada portfolio pelakon yang dipilih. Misal kata walaupun pelakon yang dipilih bukanlah daripada kalangan pelakon filem atau televisyen, tetapi dalam kalangan pelakon teater sendiri; ia mengambil kira portfolio pelakon tersebut. Sebagai contoh, pelakon itu sudah biasa memainkan watak-watak hero dan penonton tidak boleh terima sekiranya dia memainkan watak lain. Ataupun persembahan hanya akan mendapat sambutan sekiranya dia adalah watak utama dan bukan pelakon lain, lantas atas faktor ini penerbit memilihnya. Maka pemilihan inilah disebut sebagai 'star-cast' kerana ia berlaku berdasarkan pasaran. Ia biasanya terjadi dalam pementasan bangsawan terhadap peranan Orang Muda. Walaupun kelihatannya pemilihan sebegini seperti 'type-cast', tapi ia sedikit berbeza kerana ia lebih mengutamakan permintaan pasaran. Jenis watak pelakon tetap di tangga kedua.
Sistem 'star-cast' ini tidak hanya digunakan dalam pementasan teater tetapi dalam proses pemilihan pelakon televisyen dan filem juga. Apa yang secara peribadinya saya lihat di Malaysia ini, 'star-cast' ini turut melihat kepada rupa fizikal pelakon semata-mata dalam proses pemilihan. Apa yang biasanya berlaku, yang kacak dan cantik diberi keutamaan untuk berada dalam skrin walaupun kadangkala berlakon keras macam kayu! Sehinggakan seorang teman saya pernah berseloroh:
"Nak jadi pelakon di Malaysia ni tak perlu penat-penat buat 'degree', belajar teori lakonan, atau masuk kelas 'acting'. Cukuplah masuk Dewi Remaja, Dewa Remaja, dan AF walaupun platform tu bukan untuk jadi pelakon!"
Saya bersetuju dengan pendapat peribadi ini kadangkala apabila menyaksikan para pelakon baru yang beraksi di skrin atau layar dengan lakonan mereka yang mengecewakan. Tapi tidak mengapalah, itu cerita tentang skrin. Post kali ini saya tidak mahu menyentuh mengenai proses 'casting' bagi produksi skrin kerana ia lebih rumit dan ada menyentuh berkenaan interaksi pelakon dengan alatan teknikal semasa proses 'casting'.
Saya rasa cukuplah untuk posting saya pada kali ini berkenaan proses 'casting star system'. Saya akan lanjutkan lagi topik ini dalam bahagian kedua berkenaan sistem 'type-cast' pula.

Teater 'Orang Minyak : Jangan Pilih Pintu Belakang arahan Kumpulan Teater
Resdong's Pulau Pinang yang menggunakan sistem 'star-cast' dalam pemilihan pelakon.
|
No comments:
Post a Comment