Cynthia :
Aku bukan teddy bear.
Karen :
Apa maksud kau dengan, ‘aku bukan teddy bear’?
Cynthia :
Aku bukan teddy bear yang selalu perlu bersedia di bilik tidur, memenuhi ruang kamar untuk nampak indah; dan tubuh aku yang gebu hanya akan didakap bila tuan aku berasa sunyi.
Karen :
Tapi… kau tak macam tu. Maksud aku, kita tak macam tu!
Cynthia :
Tak macam tu kau kata? Cuba kau perhatikan, kita tinggal di dalam sebuah rumah agam yang diperbuat daripada kaca kepunyaan pengasas syarikat majalah pornografi terbesar di dunia. Kita selalu bersedia di bilik tidur kepunyaannya, menanti dia untuk pulang setiap malam hanya untuk mendapatkan satu pelukan hangat.
(Pause).
Karen :
Kita memang teddy bear.
Nota : Skrip ini menceritakan kehidupan Playboy Bunny di rumah agam peribadi milik Hugh Hefner.
*Hakcipta skrip milik terpelihara penulis blog ini sepenuhnya. Dikongsi untuk tujuan pembelajaran. Keizinan untuk menggunakan skrip ini atas tujuan lain seperti pementasan, penerbitan, olahan semula ke dalam bentuk lain atau apa sahaja harus mendapat keizinan penulis dengan menghubungi melalui alamat emel : rizprahara@gmail.com
No comments:
Post a Comment