Amaran : Ini bukan review ilmiah dan lebih kepada rekod pengalaman peribadi penonton sahaja.
TAJUK : The Adventures of Alvin Sputnik : Deep Sea Explorer
PENERBIT : George Town Arts Festival
TARIKH PEMENTASAN : 30 (8.30 P.M) & 31 Ogos 2017 (2.30 P.M)
Workshop 31 Ogos 2017 (10.30 A.M)
TEMPAT : Loft 29, Lebuh Gereja, George Town, P. Pinang.
TIKET : RM 65 & RM 85
PELAKON : Sam Longley
Untuk acara tahunan George Town Arts Festival tahun ini, aku sempat curi-curi masa untuk saksikan beberapa persembahan dan pameran. Tapi pementasan yang paling menarik hati aku yang inilah : The Adventures of Alvin Sputnik : Deep Sea Explorer. Sebaik menyelak buku program GTF untuk acara tahun ini, aku tertarik dengan dua show dalam buku program itu iaitu puppet teater ini dan satu lagi, Hakanai (persembahan tari fizikal dengan projection mapping). Malangnya Hakanai jatuh pada hari sama dengan show aku yang juga berlansung sepanjang GTF. Nasib baiklah dapat tonton yang ini. Huhu... Terubat jugalah kekecewaan.
Aku memang macam itu: kalau tengok list performance yang banyak dan perlu buat pilihan yang mana harus aku hadir; biasanya aku akan terbeli dengan teknik pemasaran : brosur / poster / gambar / sinopsis, dan sebagainya. Cara aku buat keputusan mudah : Aku letakkan diri aku sama macam penonton-penonton yang lain - kalau promosi awal bersungguh-sungguh dan menarik hati aku, aku akan pergi. Soal kualiti persembahan nombor dua. Kerana itu hanya kita akan dapat setelah kita pergi menonton. Dari segi pemasaran, jika team pemasaran sesuatu persembahan itu telah buat kerja dengan baik dan menarik ramai penonton... tanggungjawab mereka dah selesai dan harus diberi kredit. Soal kualiti persembahan best ke tak best, itu jatuh pada team performer. Sebab itulah produksi teater ni kena serba-serbi detail, baik dari pra produksi sehinggalah pos produksi. Tak boleh tangkap muat. Sebab selain seni, ia juga adalah perniagaan.
Untuk persembahan ini, ternyata tidak mengecewakan. Baik dari kehadiran penonton dan kualiti persembahan yang dipersembah. Aku datang pada opening night - Fullhouse! Show ini adalah puppetshow oleh seorang performer - Sam Longley. Produksi ini datangnya dari Australia dan grup ini telah berkeliling ke beberapa tempat di seluruh dunia sebelum singgah membuat persembahan di GTF.
Jalan ceritanya mudah :
Pada masa hadapan, glasier mencair dan paras air laut menaik. Berbilion manusia mati dan yang terselamat... mereka tinggal di atas bumbung-bumbung menara dan bangunan tinggi. Nak dijadikan cerita, ada satu pasangan suami isteri, Alvin Sputnik dan Helena yang tinggal di atas atap sebuah rumah. Suatu hari, Helena jatuh sakit dan meninggal dunia.
Apabila Helena meninggal, keluar bola roh bercahaya. Bola roh yang secara klisenya akan naik ke atas untuk ke syurga jatuh menjunam ke dasar laut. Jadi Alvin pun terjun kejar bola roh Helena itu. Menyedari dia tak mampu menyelam lebih dalam, Alvin menuju ke HQ survivor di sebuah pulau dengan menaiki botnya. Dia pergi ke HQ tersebut berpura-pura untuk menyertai misi mencari dunia baru. Ikut teori middle earth, kononnya, dalam kerak bumi ada satu lagi lapisan bumi yang boleh didiami. Jadi misi HQ ialah menghantar penyelam ke middle earth untuk letak bom. Middle earth ini akan terapung ke atas dan jadi pulau atau jadi lohong untuk sedut air macam lubang pada sinki setelah meletup kelak. Tapi Alvin sebenarnya sertai misi tu sebab nak dapatkan sut menyelam berteknologi tinggi - bukan untuk cari middle earth, tetapi kejar roh Helena.
Maka bermulalah pengembaraan Alvin dalam laut dan menjumpai beberapa masalah, juga memori-memori indah. Cerita panjang jadi pendek, Alvin terjumpa middle earth. Dalam saat genting sama ada mahu menyelamatkan roh Helena atau meletupkan middle earth (dan selamatkan dunia), Alvin terkorban dalam letupan namun berjaya selamatkan dunia. Dia akhirnya bahagia bersama Helena (dalam alam roh).
Persembahan ini boleh dikata sebagai multi-discipline. Dia ada lakonan, manipulasi puppet, dan juga animasi. Animasi digunakan untuk babak sukar dan plot yang memerlukan pace cepat dan laju. Puppet pula digunakan semasa babak dalam laut dan medium view. Bagi close up pula, aktor akan berlakon sebagai watak pada beberapa babak tertentu. Jadi penonton ada visual depth macam menonton filem biarpun ia adalah live show. Ini kerana penonton dihidangkan dengan teknik close up, mid, dan wide view. Kadangkala, siap ada pan dan tilt up lagi macam dalam teknik skrin. Untuk itu, ia membuatkan penonton tak rasa bosan. Teknik pementasan ini adalah yang paling sesuai digunakan aku rasa sebab rata-rata yang tonton adalah kanak-kanak.
Dialognya pula tak banyak kerana ia banyak bermain dengan visual. Tetapi cerita disampaikan dalam bentuk nyanyian dan muzik. Setnya, satu kelir dengan dimensi berbentuk bulat di tengah. Kiri dan kanan pula silih berganti jadi scene dengan miniature-miniature bangunan ataupun lautan. Sesekali teknik shadow puppet juga digunakan.
Show berdurasi 43 minit ini capture my eyes for the whole 43 minutes! Tak sesaat pun mata aku berganjak. Tambah pula aku dapat lokasi tempat duduk yang boleh consider as one of the best spot. Jadi memang betul-betul puas hati.
Overall, show ni aku rasa berjaya kalau dikira yang target audience nya adalah kanak-kanak. Ini kerana naratifnya adalah berkenaan sesuatu isu yang besar (pemanasan global / pencemaran alam) akan tetapi disampaikan dengan cara yang paling subtle. Tambah pula, esoknya itu mereka adakan bengkel untuk tambah input-input berguna kepada kanak-kanak yang ikut serta.
Aku pula, tersenyum sepanjang show sampai balik ke rumah. Sebab plotnya manis gila. Satu naratif love story yang simple dan minimal tetapi romantis. Lebih romantis dari Twilight Saga! lol
No comments:
Post a Comment